Sunday, 11 February 2018

Training Powerman @Bukit 2Ringgit BS - 10 February 2018

Minggu ini masih lagi mood training untuk Powerman, larian trail di Bukit 2Ringgit Bukit Sentosa. Bukit yang hanya mempunyai ketinggian 250m namun tetap berpeluh semasa mendaki. Ramai pendaki pada pagi ini yang terdiri daripada pelajar sekolah dan golongan remaja.

Bukit ini memang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung untuk beriadah bersama keluarga.


Tidak berapa tinggi namun terdapat juga laluan mendaki yang memerlukan kekuatan fizikal...

Laluan dari bahagian tebing.....kali ini mendaki dari laluan di bahagian belakang kerana terdapat banyak pendakian di situ dan lebih sesuai untuk berlari...

Solo jea pagi nie....bermula lewat pada pukul 9 pagi dengan keadaan matahari sudah mulai memancarkan kepanasan....

Laluan pendakian di bahagian belakang... sudah menjadi tabiat rakyat Malaysia, di mana ada kawasan terbiar pasti akan ada pembuangan sampah serta bahan binaan di kawasan tersebut...dulu tiada, namun sekarang dah ada...mentality masih lagi 3rd  class..


Pemandangan dari atas puncak bukit...

Kawasan yang menarik jika dijalankan sebagai kawasan tapak perkhemahan...


Pemandangan di sekitar Bukit Sentosa...


Cukup buat 2 kali larian untuk kali ini....

Terserempak dengan Josh bersama anak-anaknya semasa mendaki kali kedua...

Kawasan berbukit yang telah diterokai di sekitar Bukit 2Ringgit....tak pasti untuk tujuan apa...

Cukup untuk kali ini....baju pun dah basah kuyup.... nak balik dah...

No comments:

Post a Comment