Sunday, 4 March 2018

Powerman Asia Championship Putrajaya Malaysia - 4 March 2018

Ini merupakan penyertaan kali ketiga di Powerman Asia Championship Putrajaya setelah menyertainya buat kali pertama pada tahun 2016. Lokasi masih sama seperti tahun sebelumnya di hadapan Place of Justice Putrajaya. Tahun ini masih mengekalkan kategori yang sama seperti tahun lepas dan mengharapkan rekod masa peribadi lebih baik dari sebelumnya.

Peserta Classic dilepaskan pada pukul 7 pagi dengan didahului dengan peserta elite dan seterusnya flag off bagi peserta sprint dilepaskan pada pukul 8 pagi. Format pada acara classic masih lagi 10-60-10 iaitu 10km larian dan 60km berbasikal seterusnya berlari semula sejauh 10km. Walaupun konsep larian dan basikal masih sama dalam bentuk loop namun routenya berbeza dari sebelumnya.


Powerman yang ketiga setakat nie...

Bike Check-In pada pukul 5pagi....letak barang keperluan dulu sebelum solat suboh...

Minta tolong adik marshall ambilkan gambar....maklumlah solo...keseorangan...

Masih lenggang lagi....awal lagi...ramai peserta belum sampai lagi...

Bergerak ke starting line setelah peserta elite dilepaskan pada pukul 6.45 pagi...

Ceria di waktu pagi.....azab di tengahari...

Terserempak dengan Azman.... di starting line...

Loop kedua untuk running yang kedua....fuuhhhh...panas gile time nie...dah tak larat...kejap lari kejap berjalan....

Hamdi datang memberikan moral support....tahun ini tak masuk...kalau tidak ada jugak geng...

Pewwaiii...baraiii... nak pengsan...semua rasa...

Menuju ke garisan penamat....menghabiskan azab seksa....

Alhamdullilah...sampai jugak....


Penyampaian hadiah kepada pemenang....

\
Nak balik dah....hari dah panas....


Tahun nie medal macam kureng sikit tak macam tahun-tahun sebelumnya...

Time ambil goodies bag....terima kasih kepada family yang sentiasa memberikan support...


Proses pengambilan goodies berjalan dengan lancar dan pantas....tak sampai 5 minit dah settle..

No comments:

Post a Comment