Saturday, 14 April 2018

Night Hiking @Puncak 3 Puteri KDCF - 14 April 2018

Kali terakhir mendaki ke Puncak 3 Puteri di waktu malam adalah pada bulan Ramadhan tahun lepas. Setelah sekian lama tidak ke sini maka perancangan secara spontan telah diatur pada sebelah petangnya dan seramai 6 orang geng PRCC bersetuju untuk menyertainya. Pendakian bermula pada pukul 11 malam dan kami tiba di puncak setelah sejam 15 minit mendaki. Laluan tidak sukar kerana tidak banyak pendakian yang curam dan hanya slop yang agak licin serta berpasir.

Pendakian di waktu malam kena lebih berhati-hati disebabkan suasana gelap dan kadang-kadang terdapat tunggul kayu serta akar pokok di laluan trek. Tidak ramai pendaki pada malam ini hanya terdapat sekumpulan pendaki yang hendak turun semasa kami sampai ke puncak.


Sampai di puncak 3 Puteri pada tengah malam...suasana damai walaupun tiada bulan yang kelihatan pada malam ini...

Sebelum memulakan pendakian....bergambar dulu di laluan masuk trail....hanya kedengaran bunyi cengkerek serta unggas malam...



Pendakian bermula.....suasana gelap tanpa bulan pada malam ini....

Mendaki di dalam gelap memerlukan tumpuan serta perhatian yang lebih bagi memastikan keselamatan...

Melalui Trail Sahabat.... signage yang jelas diletakkan di sepanjang laluan trail, namun disebabkan suasana gelap, kadang-kadang tidak terlihat atau perasan akan tanda yang diletakkan... 

Mendaki sebelum sampai ke puncak...

Bergambar di dalam gelap...

Akhirnya sampai di atas puncak....

Pemandangan Highway Utara-Selatan...Bukit Lanjan...kenderaan masih banyak walaupun hari semakin pagi...

Bergambar dulu....suasana agak panas pada malam ini tanpa angin yang bertiup...


Penghuni di kawasan ini....hidup menjalar....kena lebih berhati-hati....

Masak air panas untuk minum teh serta maggie.....hidangan terbaik semasa berhiking...

Sebelum memulakan pendakian...lepak dulu di Restoran Subaidah Kota Damansara.... Apiz join lepak tetapi tak join mendaki disebabkan terpaksa bekerja pada keesokan harinya....

Sebelum memulakan pendakian.....berbincang untuk aktiviti seterusnya... permintaan untuk camping bermalam di dalam hutan setelah terdapat beberapa rakan lain yang tidak berpeluang untuk bermalam di Lata Medang pada minggu lepas termasuklah aku kerana berlari di SCKLM.... perancangan awal sebelum ramadhan akan bermalam semula di Lata Medang....

No comments:

Post a Comment