Sunday 8 July 2018

Seremban Half Marathon 2018 - 8 July 2018

Acara larian half marathon selepas Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berehat daripada acara larian mahu pun berbasikal. Seremban Half Marathon merupakan acara  larian yang telah lama dianjurkan dan pada awalnya ia dikenali sebagai acara "fun run" sahaja. Namun lama kelamaan acara ini berubah ke bentuk pertandingan dan menjadi daya tarikan kepada pelari handalan untuk menyertainya.

Bertempat di D'Tempat Country Club, Bandar Seri Sendayan, acara ini telah menarik minat seramai lebih kurang 4000 orang peserta. Larian terbahagi kepada beberapa kategori iaitu 21km, 10km dan juga acara fun run. Peserta dilepaskan pada pukul 6.15 pagi dan laluan disekitar bandar baru Sendayan.


Larian half marathon selepas Hari Raya.....dan yang pertama kali ini Negeri Sembilan....

Bersebelahan dengan Matrix International School....


Peserta mula memanaskan badan....larian bermula tepat jam 6.15pagi....lebih kurang 1500 orang peserta acara HM...

Hari dah terang....mentari mula menyinarkan cahayanya....

Mendaki di kawasan ini....walaupun laluan banyak menurun...

Kem tentera Udara Sendayan...tapak baru selepas dipindahkan dari Sungai Besi....

Muka macam dah pewaii jea....

Masjid Sri Sendayan dalam pembinaan....besar jugak masjid ini...

Sampai di garisan penamat.....

Letih...dah lama tak berlari....

VVIP datang naik buggy....beserta dengan tarian singa...


Tak tunggu lama....kena bergegas balik....banyak Open House nak kena pergi... lari-lari jugak, silaturrahim kena pereratkan jugak...



Alhamdullilah.....dah lama tak colect medal....syukur dapat menghabiskan larian tanpa sebarang kecederaan...

Larian di sekitar Sendayan...route berubah berbanding yang asal namun tetap berpuas hati disebabkan dapat melihat kepesatan pembangunan di sekitar Sendayan dan Seremban 2...teruja dengan begitu banyak kawasan perumahan yang didirikan dan bercirikan rumah moden...
Minggu ini berjumpa lagi di PJ Half Marathon pula.....

No comments:

Post a Comment