Monday 26 November 2018

Penang Bridge International Marathon 2018 - 25 November 2018

Penang Bridge International Marathon 2018 merupakan acara tahunan yang semestinya disertai setiap tahun. Namun kali ini, ingin mencuba nasib dengan menyertai acara Full Marathon pula. Nak merasakan azab di atas jambatan pulak. Memang mental nak menghabiskan larian FM nie, jika dulu kena semasa Larian Jambatan Sultan Mahmud kali nie kena lagi di Jambatan Pulau Pinang pulak. Tak pernah serik. Tapi bila dah melaluinya terasa puas pulak. Agak pressure juga nak menghabiskannya dalam masa COT bagi memastikan medal dan finisher-T diperolehi. Kali ini peraturan agak straight berbanding dulu dan tahun lepas berlaku kekecohan semasa di finishing line akibat ramai peserta yang berjaya sampai namun tidak mendapat medal dan baju. 

Namun PBIM tahun ini terdapat kelainan iaitu berlari di dalam hujan lebat diikuti dengan petir berdentum di langit semasa berada di atas jambatan Pulau Pinang. Hujan lebat mulai turun semasa sampai di tengah-tengah jambatan. Hujan lebat diikuti dengan tiup angin yang agak kencang serta kilat sabung menyambung merupakan situasi yang agak merbahaya namun tiada tempat berlindung semasa berada di atas jambatan. Dalam situasi yang sukar ini, terpaksa meneruskan larian sehingga ke tanah besar kerana tiada tempat untuk berteduh di atas jambatan. Tiang-tiang lampu di atas jambatan bukan tempat yang selamat untuk berlindung.

Terdapat pacer yang membawa belon terkena panahan petir semasa larian berbaki 3km lagi. Nasib baik kilat menyambar ke belon yang di bawa sehingga menyebabkan belon tersebut pecah akibat di panah petir. PBIM kali ini juga menjadi sejarah apabila acara 10km terpaksa dibatalkan. Namun semuanya selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Keseronokan di Penang bukan setakat berlari sahaja, selepas marathon.... "makanthon" pulak. Itu lagi hebat. Restoran Hamiddiyah Lebuh Campbell memang tetap terbaik. Memang tidak akan ketinggalan jika ke Pulau Pinang.


Kategori FM yang kedua tahun ini dan yang pertama kali di PBIM.... dan merupakan penyertaan tahun ke-4 semenjak tahun 2015.... 

Telah sampai di tapak event seawal jam 12.15 pagi....ramai peserta mula menuju ke garisan permulaan...

 Starting line.....terdapat runner yang telah bersiap sedia seawal jam 12.30 pagi...


Bahagian hadapan di kawal oleh unit beruniform sukarelawan....

Bertemu dengan Umar ARB....ada juga rakan semasa di starting line....
Tiada gambar semasa berlari disebabkan hujan lebat yang turun semasa 22.5km sehinggalah sampai di garisan penamat.....

Suasana hujan lebat semasa berlari di atas jambatan..

Medal full marathon yang kedua....

Personal record lebih baik berbanding semasa di Larian Jambatan Sultan Mahmud..

Syukur ....alhamdullilah berjaya menghabiskan larian FM pada kali ini....


Seperti setiap tahun...pasti ada komen-komen yang negative berkaitan dengan pembatalan acara serta faktor keselamatan peserta dan juga medal finisher untuk peserta.... situasi pembatalan juga sama dialami semasa di Putrajaya Night Marathon bulan lalu...pun banyak komen-komen negative.. memang susah untuk memuaskan hati semua orang, jika dibatalkan sebelum larian...merunggut minta wang dikembalikan....jika diteruskan, dikatakan tidak menitikberatkan faktor keselamatan peserta... pokok pangkal terletak di hati masing-masing...setiap penganjur akan cuba buat yang terbaik....
Jumpa lagi di PBIM 2019 pada tahun hadapan....

No comments:

Post a Comment