Monday 17 February 2020

Offroad Ride @Bukit Sentosa - 16 February 2020

Sudah lama tidak ber"offroad" dan tahun ini merupakan kali pertama berkayuh mountain bike. Dah lama MTB tersadai dan bersawang dekat rumah. Kali ini bersama geng SCT menguji trail untuk "Kayuhan Perpaduan" yang akan diadakan pada bulan hadapan. Kayuhan fun ride secara santai dan sesuai untuk semua golongan.

Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi di Kedai Ajis Jalan Anggerik. Ramai pengayuh RB yang terdiri dari geng JiwaBasikal yang berkayuh ke Loop Slim River berkumpul di sini. Namun berpecah membawa haluan masing-masing. Kami seramai 9 orang meneruskan kayuhan santai kerana sudah lama tidak berkayuh mtb.

Kayuhan Perpaduan nanti akan bermula di sini iaitu di kawasan tapak pasar malam Jalan Angeerik...berhampiran dengan 99 Speedmart BS2... 

Mula-mula kayuh terus pacak mendaki....kaki belum panas lagi dah mendaki...

Santai jea.....

Laluan di sekitar Jalan Anggerik....laluan berpatah semula menuju ke kawasan perumahan Widuri...

Sekitar shop lot kedai....tak sibuk laluan ini dengan kenderaan....

Sampai di Tasik Widuri.... ada geng mak budak sedang berzumba....perhati dari jauh jea...

Lepak bergambar dulu....bukan nak rushing sangat pun....kayuh leha-leha jea...ala-ala mak jemah...

Ingat nak lepak lama....tapi segan tengok mak cik-mak cik sedang berzumba....

Meneruskan kayuhan ke Jalan Telipot....tanah lapang yang berpasir...

Kawasan ini selalu digunakan oleh geng "remote control" untuk menerbangkan kapal terbang kawalan jauh dan juga helikopter..... jalan ini juga selalu digunakan oleh geng mat rempit untuk menguji keupayaan motor masing-masing.... berlumba...bagus jugak berlumba di sini...kalau berlanggar tak menyusahkan orang lain....terbabas masuk semak pun sorang-sorang....kalau meninggal pun tak melibatkan pengguna jalan raya yang lain...

Masuk laluan offroad.....

Kawasan ladang Durian Musang King....dekat dalam ini pun ada ladang semaian... 

Ingatkan balik nanti tak perlu basuh basikal....dah masuk offroad...confirm berlumpur punya...

Laluan basah dan berlumpur disebabkan hujan yang turun semalam...

Rehat dulu...ingatkan santai sangat...tapi kena bantai....

Laluan mendaki dekat belakang tuu...menuju ke Bukit 2Hinggit.....tak naik pun...layan downhill jea....nervous jugak bila turun sebab dah lama tak berkayuh...

Ending bila berkayuh....lepak makan lagi...

Bersarapan pagi di gerai makan bersebelahan dengan Masjid As-Salam Bukit Sentosa....

Jadilah dapat 23km jea..... lepas ini tak tahu bila lagi nak berkayuh mtb....tunggu dan lihat sahaja...

Kalau masa terluang bulan depan...boleh jugak join "Kayuhan Perpaduan" nanti.... sekarang kayuh santai-santai jea....dah jarang sangat masuk jamboree....kalau masuk pun tunggu "Burung Hantu Nite Ride" jea....

No comments:

Post a Comment