Sunday 7 June 2020

Offroad PKPB @SCT Loop - 7 June 2020

Semalam kayuh road, hari kayuh offroad pulak. Lama sangat berihat semasa musin PKP, bila dapat peluang guna sepenuhnya. Kayuhan di laluan trek SCT dengan jarak kayuhan sejauh 18Km. Seramai 13 orang pengayuh pada pagi ini dan bermula di Kedai Ajis seawal jam 8 pagi.

Laluan trek basah serta berlumpur disebabkan hujan yang kerap turun sejak kebelakangan ini. Perlu berhati-hati semasa berkayuh terutama semasa downhill. Ada rider yang jauh pada ride kali ini disebabkan laluan berpasir dan licin. Namun tiada kecederaan yang serius.


Pemandangan di kawasan berbukit selepas kilang batu-bata....redup serta nyaman cuaca pada kali nie...memang best berkayuh sebab tak panas...

Berkumpul di kedai Ajiz...dan kayuhan bermula pada pukul 8 pagi...

Berkumpul dulu sebelum memasuki laluan offroad setelah melayan laluan tarmac lebih kurang 2 kilometer...

Laluan masuk ke Pusat Tahfiz Ustaz Halim....

Lepak dulu...tunggu rakan yang lain sampai....

Pusat Tahfiz Ustaz Halim...sunyi sepi disebabkan PKP...tiada penghuni...

Selalunya terdapat pelajar tahfiz di sini....mungkin semuanya sudah balik ke rumah masing-masing disebabkan musim PKP ini...

Climbing pun bermula.....panjang bukit ini...



Kawasan kilang batu-bata.....dulu kawasan ini hutan...tapi sekarang dah gondol kena tarah....habis clear dah kawasan nie...


Kawasan rumput ini pun cantik dulu...tapi sekarang agak teruk disebabkan oleh pembangunan...

Tak boleh kayuh...kita tolak jea....ada anak sungai....

Bergambar dulu kat sini...dulu lagi cantik kawasan nie....


Layan singletrek pulak....menarik laluan ini...dah lama tak layan singletrek..memang teruja...

Singletrek semak samun....laluan yang dah jarang digunakan....semak dah mula tumbuh...

Laluan ladang sawit pulak.....

Layan main lumpur.....teruk nak basuh basikal lepas nie...

Pokok tumbang....


Layan....

Total mileage 29km....tapi dalam trail hanya 18km jea...yang balance tuu sebab berkayuh dari rumah...

Elevation boleh tahan....Bukit Lanjut memang mencabar....panjang betul climbing dia...

Cukup untuk kali ini...lain kali kayuh lagi....10 June nie dah PKPP pulak...boleh kayuh lagi jauh lepas nie...tapi event basikal masih lagi tidak dibenarkan sehingga hujung tahun....kita layan kayuh kita-kita jea laa....

No comments:

Post a Comment