Sunday 28 February 2021

PKP 2.0 Offroad Ride @Menjejaki Widuri Trail Yang Hilang - 28 February 2021

Menyusuri semak-samun di denai Widuri yang suatu masa dahulu merupakan trail favorite untuk kayuhan offroad. Single trek di kawasan belukar semak samun yang dipenuhi dengan pokok getah liar dan seterusnya menyusuri laluan di ladang kelapa sawit. Dulu trail ini boleh sampai di kawasan Bukit Beruntung Golf Club dan seterusnya berkayuh ke SKC sehingga ke Bukit Tagar. Namun banyak laluan pokok tumbang serta sudah dipenuhi dengan semak samun sehingga menyukarkan untuk menjejaki trek yang asal. Banyak aktiviti pembersihan serta menebang dahan pokok yang tumbang diperlukan. Biarlah trail yang dulu terus menjadi kenangan.

Kayuhan kali ini lebih kepada akvitivi pemnbersihan trail dengan menggunakan parang, mesin rumput serta mesin memotong pokok. Hasil kerjasama daripada rakan-rakan basikal yang lain, dapat mengumpul segala peralatan serta kerahan tenaga dapat dilakukan. Semua yang terlibat memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan trail Widuri ini dapat dilalui semula.

Sudah lama tidak memasuki trail Widuri....rasanya lebih kurang 5 tahun yang lalu...masih sama tidak banyak yang berubah hanya laluan dipenuhi dengan semak samun serta belukar....



Bergambar dulu di kawasan berbukit sebelum memasuki trail Widuri...kawasan bukit batu kapur...

Cantik pemandangan di sini....berlatar belakang bukit batu kapur...

Berkumpul di tepi jalan Widuri sambil menunggu rakan-rakan yang lain...pembahagian tugas serta peralatan dilakukan di sini...terdapat 2 mesin rumput serta chain saw yang akan digunakan di dalam misi pada kali ini...

Dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi mempercepatkan proses pembersihan trail...2 kumpulan ini akan bertemu di dalam trail....

Menarik laluan di sini....

Laluan single trail bermula....berkayuh menyusuri tasik sambil mengharungi denai-denai yang ada....

Proses pembersihan pun bermula....menggunakan mesin rumput lebih mudah...walaupun semak samun agak tebal dan kadang-kala agak menyukarkan....

Ada section yang perlu tolak basikal disebabkan permukaan yang tanah yang agak curam....

Laluan yang telah dibersihkan....baru senang nak berkayuh...jika tidak kawasan ini penuh dengan belukar yang sememangnya agak sukar untuk berkayuh...menolak pun jadi sukar...

Trail di dalam kebun getah yang telah terbiar...jika dulu ada pondok Indon di kawasan ini yang melakukan kerja-kerja menoreh getah...namun pondok tersebut sudah seperti lama ditinggalkan...disebabkan itu kawasan ini menjadi bersemak samun kerana jarang di lalui...diharapkan selepas ini akan kerap berkayuh disini dan denai di sini boleh di maintain...

Laluan clear...jika sebelum ini terdapat pokok yang tumbang merintangi jalan...

Kulaan...orang kuat pada pagi ini...bawa mesin rumput...nasib baik tak diterangkan hutan yang ada...

Bertemu dengan group yang satu lagi di petengahan trail...ini bermaksud trail Widuri telah di clearkan sepenuhnya...dah boleh buat full loop...

Habuan daripada hasil kerja keras pada pagi ini...nasi kerabu....memang terbaik dan sedap dapat makan di dalam hutan....


Terima kasih kepada tuan yang sponser makan pada pagi nie...lain kali mintak lagi...nasi kerabu dengan daging salai memang lazat...


Otrang kuat group satu lagi...memang terbaik lah korang semua....komitmen yang cukup tinggi untuk menjayakan aktiviti pada kali ini...

Siap dengan chain saw sekali....dah macam pembalak haram pulak...

Next week dah boleh buat full loop...in sya Allah dipanjangkan umur akan berkayuh semula di sini...

Jumpa lagi minggu depan...adios...

No comments:

Post a Comment