Saturday 3 April 2021

Mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing - 3 April 2021

Kehebatan zaman perlombongan bijih timah di Sungai Lembing suatu masa dahulu merupakan sejarah negara yang perlu diingati. Kemuncak zaman kegemilangan perlombongan di sini telah menjadikan kawasan ini maju kehadapan berbanding tempat lain. Tetapi sejarah pelombongan di sini tidak kekal lama apabila zaman kemelesetan serta kejatuhan harga bijih timah pada tahun 1985 telah menyebabkan lombong yang diusahakan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) ditutup pada tahun 1986. Teknik perlombongan dengan cara mengali terowong bawah tanah kerana tanah di sini berbatu keras. Kawasan perlombongan di sini juga dikenali sebagai El-Dorado. El-Dorado merupakan cerita lagenda mengenai seorang ketua suku yang tinggal di Amerika Selatan yang badannya diseliputi dengan debu emas.

Pusat perlombongan bijih timah ini mencapai zaman kegemilangan di sekitar tahun 1940-an sehingga 1950-an dan merupakan lombong bijih timah yang terbesar di dunia ketika itu. Sejarah pelombongan Sungai Lembing bermula pada tahun 1888 apabila Almarhum Sultan Ahmad Muadzam 1 bersetuju dengan penubuhan syarikat Pahang Corporation Limited (PCL). Kawasan seluas 2,500 ekar persegi telah dipajakkan selama tempoh seratus tahun. Pada tahun 1915 syarikat ini telah ditukar nama kepada Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dan seterusnya ditukar kepada Pahanag Investment Public Limited Company (PIPLC) pada tahun 1984. Dalam tempoh beroperasi, lombong ini telah mengeluarkan 13 juta tan metrik bijih timah kasar yang menghasilkan 150,000 tan metrik jongkong timah dengan nilai hampir USD 2,000 juta.

Pintu masuk pagar Muzium Sungai Lembing.....parking kenderaan di luar perkarangan muzium..kenderaan tidak dibenarkan masuk...

Trademark perlombongan Sungai Lembing....topi pelombong lampu karbait...topi ini digunakan oleh para pelombong semasa melakukan aktiviti perlombongan....

Bayaran tiket masuk sebanyak RM2 dikenakan kepada orang dewasa...

Muzium ini terletak di atas bukit....mendaki dari kaunter pintu hadapan sehingga ke pintu muzium...

SOP perlu dijaga....penjarakan sosial harus dipatuhi....

Pintu masuk muzium Sungai Lembing....bangunan ini merupakan rumah pekerja suatu masa dahulu dan kini dijadikan muzium untuk tatapan orang ramai....dari atas bukit boleh kelihatan sekitaran Sungai Lembing....

Banyak informasi berkaitan sejarah Sungai Lembing serta perlombongannya terdapat di sini...pelbagai peralatan perlombongan juga dipamerkan....

Pekerja lombong serta isteri yang tinggal di Sungai Lembing....PCCL....

Bergambar bersama family.....replica terowong lombong...

Jongkong timah yang dihasilkan di lombong ini....berat lebih kurang 10kg....

Signage Sungai Lembing yang hanya tinggal kenangan....

Kawasan pelombongan.....terowong bawah tanah di tutup disebabkan oleh kerja-kerja maintenance...tak berpeluang untuk menjelajah ke dalam terowong....next time akan ke sini semula...nak repeat masuk dalam terowong...

Kawasan ini digelar sebagai "El-Dorado".....terdapat bayar masuk yang dikenakan bagi memasuki kawasan terowong ini....kawasan cantik bersih serta terjaga....

Setelah tidak berpeluang untuk masuk ke dalam terowong....menuju ke jambatan gantung yang menyeberangi Sungai Lembing...jambatan ini dikatakan berusia lebih dari 100 tahun dan merupakan jambatan gantung yang tertua di Malaysia...  

Bergambar dengan family dekat atas jambatan....

Jambatan berhayun-hayun....bergoyang....hati-hati nanti jatuh dalam sungai pulak....

Air sungai agak cetek di bahagian tengah tetapi nampak deras dan dalam di bahagian tepi.....kawasan ini kerap juga dilanda banjir jika tiba musim tengkujuh....ini disebabkan kawasan ini agak rendah dari paras sungai....
Diharapkan akan datang di sini semula untuk menjejaki Air Terjun Pelangi sambil melayan pemandangan di atas puncak bukit....

No comments:

Post a Comment