Friday 14 May 2021

PKP3.0 Syawal 1442H Ride @KKB Loop Repeat - 15 May 2021

Hari ini repeat balik KKB Loop tapi kali nie masuk pekan KKB untuk bergambar dan time balik tidak melalui jalan Hulu Yam Bahru untuk ke Antara Gapi, tetapi hanya terus sahaja dari Batang Kali. Kayuhan berdua bersama Anas dan yang penting hari ini tak mandi hujan seperti semalam. Kenderaan banyak hari ini di atas jalan raya tetapi tidak ramai rider yang berkayuh hari ini, tidak seperti semalam.

Kayuhan santai dan hanya berhenti berehat di station minyak disebabkan tidak banyak kedai makan yang dibuka. Kalau buka pun tidak boleh makan di sana, hanya perlu bungkus sahaja. 


Kayuhan di pagi Syawal yang ketiga....pagi ini cuaca cerah serta panas....tidak seperti semalam, bermandi hujan....

Tenang sahaja....laluan Bukit Beruntung-Rasa....tetapi kenderaan banyak pagi ini....

Tidak ramai terserempak dengan rider pagi nie....jika semalam boleh dikatakan sepanjang laluan akan terserempak dengan penunggang basikal....

Berdua dengan Anas....pagi ini....

Port biasa.....kalau sampai di sini kena bergambar dulu....tunggu jugak kalau-kalau ada keretapi yang lalu.....macam biasa...hampa...

Pagi ini cuaca cerah....ada peluang kena bahang mentari kejap lagi time balik...

Sampai di pekan KKB.....walaupun pun Lukisan Mural ini dah lama ada...tapi baru kali ini berpeluang untuk bergambar di dinding kedai yang mengambarkan tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekitar kawasan Hulu Selangor....

Boleh berbasikal ke Fraser Hill....tapi sekarang nie tak boleh lah...ini dah dikira rentas sempadan...sebab atas puncak Fraser Hill dah dikira daerah Raub...nanti kena saman pulak...kali ini saman bukan setakat 1K...tapi boleh cecah sampai 50K kalau bernasib baik....hahahaha..

Aktiviti photograper sambil mengambil gambar burung di puncak Fraser Hill...aktiviti ini bukan ada di sepanjang tahun tetapi terdapat pada bulan-bulan yang tertentu...ada musim dia...kalau tak silap bulan June-July....

Posing gambar lah dulu....

Santuari Ikan Sungai Chiling....terdapat penternakan ikan kelah di sini....boleh datang tengok tetapi kena hiking dulu sebelum sampaidi sini....kalau dah sampai sini boleh terus mandi dekat air terjun Sungai Chiling....memang cantik kawasan air terjun ini....air pun sejuk dan segar....

Ini semua hasil usaha Majlis Daerah Hulu Selangor bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di sini...

Paragliding di atas puncak Bukit Batu Pahat.....antara aktiviti yang terbaru di kawasan Hulu Selangor ini....boleh terjun jika berminat....

Sepanjang lorong ini boleh bergambar.....nasib baik tak ada orang pagi ini.....line clear....

Kayuhan balik semula ke Bukit Sentosa....melalui jalan Perodua....berhadapan dengan Masjid Perodua....dah 2 tahun tak berpeluang untuk solat Tarawikh di masjid nie... In Sya Allah tahun depan dapat bersolat semula di sini...

Sebenarnya mileage lebih pendek berbanding semalam....sebab kali ini tidak melalui jalan Hulu Yam Bahru....lebih 15km kurang berbanding semalam...

Kali ini loop sempurna...tak ada yang terputus di tengah jalan....

No comments:

Post a Comment