Saturday 30 October 2021

Hiking menuju puncak Gunung Pulai Johor - 30 October 2021

Gunung Pulai terletak di daerah Kulai, Johor mempunyai ketinggian 654 meter dari aras laut. Antara gunung yang porpular di Johor selain Gunung Ledang, Gunung Lambak, Gunung Berlumut serta banyak lagi. Jika dari Kuala Lumpur melalui highway akan keluar di Plaza Tol Kulai. Dari plaza tol menuju ke kaki Gunung Pulai hanya memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja. Ketika sampai di kawasan kaki gunung, terdapat kuanter tiket masuk atau parking di laluan masuk. Bayaran sebanyak RM3 dikenakan untuk setiap kenderaan. Terdapat tempat parking kenderaan yang disediakan, namum jika penuh boleh parking di tepi jalan dengan bantuan daripada penduduk kampung yang akan memberikan arahan. Jangan parking kenderaan anda dengan sesuka hati kerana akan menyusahkan orang lain nanti. Disebabkan musim Covid masih belum berakhir, maka SOP masih lagi perlu dipatuhi. Pemakaian mask masih lagi perlu.

Peraturan penting yang perlu diketahui ialah mengenai penggunaan botol minuman semasa hiking. Botol air mineral tidak dibenarkan untuk masuk. Hanya botol air kekal atau senang cakap, botol air kita sendiri yang kita tak akan buang selepas air habis diminum. Ini bagi mengelakkan penggunjung membuang botol air mineral di sepanjang laluan nanti. Makanan yang dibungkus dengan pastik juga dilarang untuk dibawa masuk. Pastikan roti anda dibuang plastik terlebih dahulu dan disimpan di dalam bekas plastik.

Pendakian bermula pada pukul 8.30 pagi, dengan laluan tarmac sehingga ke puncak. Jarak pendakian sejauh 6km untuk sampai di puncak dan mengambi masa lebih kurang 2 jam bergantung kepada kekuatan fizikal masing-masing. Walaupun terdapat laluan denai disini tetapi tidak dibenarkan untuk masuk. Di puncak Gunung Pulai terdapat 3 buah menara telekomunukasi dan terdapat post kawalan tentera di atas sana. Jangan mendaki sehingga ke puncak kalau tidak mahu diherdik oleh tentera yang berkawal di sana. Cukuplah sampai di papan tanda larangan kerana tiada view pemandangan yang ada di sana. Jika ingin bergambar pun, boleh bergambar di menara pemancar telephone yang ada sebelum sampai di puncak. Lagi 2 menara tidak boleh didekati disebabkan berada di atas puncak. 


Dah lama tak hiking....jadilah dapat lepas gian mendaki dekat sini.....antara persediaan untuk ke Bukit Kutu nanti......Bukit Kutu bukan sebarangan bukit....nama jea bukit tapi ketinggian serta kesukaran dah taraf gunung....

Signage di pintu masuk Gunung Pulai....pemeriksaan bag serta barang yang dibawa dilakukan di sini....

Taman Eko-Rimba Gunung Pulai....

3 beranak hari ini....yang sorang lagi ada dekat asrama....layan panjat ikut jalan raya....ramai penggunjung yang hiking pada pagi ini....

Santai jea......katanya target nak sampai puncak.... alang-alang dah sampai sini...kena sampai puncak baru puas hati....

Kalau ikut kiri, boeh terus ke tepi sungai tempat berkelah sambi mandi-manda.....kalau ikut kanan, akan mendaki sehingga ke puncak....laluan mendaki semakin pacak semasa hampir sampai di puncak....tenaga kena simpan dulu untuk mendaki yang memcecah sehingga 40degree..

Laluan denai....tetapi semasa musim Covid ini masih tidak dibenarkan...hanya laluan tarmac sahaja yang boleh....

Anak bujang.....muka dah pewaiii....nak mintak patah baik laa pulak....

Wife sakit lutut laa pulak....tapi masih lagi nak meneruskan pendakian.....

Ada air terjun jugak dekat sini....tapi air tak ada laa banyak sangat....buat basuh muka dan tangan boleh laa....

Sampai atas puncak setelah 1 jam 50 minit mendaki....nak sampai betul-betul hujung jalan tuu...ada pintu pagar yang dikawal oleh tentera...tak pasal-pasal kena tengking dengan askar kat situ...tak kasi rapat sangat dengan pagar...nak snap gambar pun tak boleh....tak apa lah...asalkan dah sampai puncak...nak marah pun marah laa....

Tower telekomunikasi sebelum sampai ke puncak....tower ini boleh bergambar dan boleh tengok view pemandangan....

Sampai area nie jea boleh naik....kalau tak nak kena marah duduk diam-diam dekat sinie....tunggu wife sampai ke sini sebelum berjalan turun...

Lepak bergambar dekat tower nie jea....

Nasib baik cuaca tak panas sangat hari nie....walaupun dah pukul 12 tengahari....dahaga laa pulak...

Berjaya juga wife sampai ke puncak...ingatkan separuh jalan jea...makumlah sakit lutut...kuat semanggat nak sampai puncak sebab bukan selalu dapat peluang untuk mendaki nie...

2 lagi tower ini ada dekat puncak....tak boleh nak pegi...tengok dari jauh jea laaa....

On the way turun....layan  view dulu...tak berapa clear sangat sebab banyak pokok....lagi pun hanya nampak ladang kelapa sawit jea kat bawah tuu....

Dah nak sampai dah.....muka ada senyum....pakai baju sedondon hari nie....t-shirt Samura

Lepas habis hiking....nikmat dapat makan ice cream dekat pintu masuk....lepak rehat dulu sebelum makan tengahari di gerai makan yang terdapat di tempat parking kereta...terdapat banyak kedai makan yang disediakan disini...banyak pilihan untuk makan...tandas yang bersih pun disediakan di sini....boleh kalau nak mandi setelah mandi peluh semasa mendaki.....

Jarak mendaki lebih kurang 6km sahaja dan jumlah jarak keseluruhan adalah 12km sahaja...tetapi tetap memenatkan disebabkan pendakian pacak dan curam.... semasa turun, perlu lebih berhati-hati disebabkan laluan yang curam serta licin....semasa turun tadi, tedapat seorang remaja lelaki yang tersungkur dan tersembam ke jalan raya....dahi serta pipi koyak dan luka disebabkan bergesel dengan jalan tar....tindakan pantas pihak pengurusan menghantar bantuan bermotor untuk menurunkan remaja yang cedera....apabila sampai di pintu gate masuk, bantuan ambulan pun sampai untuk membawanya ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan....semoga adik tersebut cepat sembuh...

Pendakian di Gunung Pulai sesuai untuk mereka yang berkeluarga disebabkan laluan tarmac sehingga ke puncak dan tahap kesukarannya ada moderat berbanding dengan gunung yang lain....selain Gunung Pulai di Johor....terdapat juga Gunung Pulai yang terletak di Baling Kedah....jangan tersilap panjat pulak disebabkan nama yang sama tetapi lokasi berbeza....

No comments:

Post a Comment