Wednesday 10 August 2022

2nd Family Trip @Kuala Mu, Sungai Siput Perak - 6~7 August 2022

Kunjungan kali ke-2 ke Kuala Mu, Sungai Siput, Perak setelah kali pertama pada bulan June yang lalu. Tidak puas pada kunjungan yang pertama, minggu ini sekali ini datang ke sini untuk menikmati keindahan alam semulajadi di sini. Namun kali ini masih menginap di Kampung Gepeh tetapi chalet yang lain pula. Ingin merasai kelainan bermalam di sini. Suasana kedinginan dirasai semasa sampai di sini. Hujan yang kerap turun sejak kebelakangan ini menyebabkan paras air sungai di sini agak tinggi daripada biasa tetapi kedinginannya masih tetap sama.

Ramai penggunjung pada kali ini tetapi tidak seramai semasa kali pertama ke sini. Chalet di Gepeh Hulu sememangnya penuh tetapi chalet yang kami bermalam iaitu Chalet Pulau Desa Lestari masih banyak lagi yang kosong. Daripada 12 buah hanya 4 buah sahaja yang berpenghuni. Agak kurang havoc di sini dan lebih damai. Namun kedudukan tandasnya agak jauh sedikit dari pondok menyebabkan agak seram jika pergi di waktu malam.

Perjalanan ke Kuala Mu bermula seawal jam 8 pagi dan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke sana. Bergantung juga jika kerap berhenti. Dari Tol Bukit Beruntung akan keluar di Tol Ipoh Utara dan seterusnya menuju ke Klebang dan pekan Sungai Siput. Jarak perjalanan dari pekan Sungai Siput ke Kuala Mu lebih kurang 60km. Baki jarak 40km lagi akan melalui suasana jalan yang kiri kanan hutan serta semak samun dan juga ladang sawit. Laluan di sini agak lebar serta kurang permukaan jalan yang berlubang. Namun, 18km yang terakhir akan menguji kenderaan serta skill pemanduan. Jalan yang sempit jika berselisih dengan kenderaan yang lain. Terpaksa mengelak ke bahu jalan jika berselisih dengan kenderaan yang lain. Kena lebih berhati-hati dan peka dengan laluan yang ada. Lebih baik bunyikan "hon" diselekoh yang agak tajam serta sukar untuk melihat kenderaan di hadapan.  Lagi elok jika ada Waze, sedikit sebanyak boleh mengetahui keadaan selekoh di hadapan dan bersedia untuk membelok. Tidak perlu untuk memandu terlalu laju, tak kan lari Kuala Mu di hadapan tu. 


Chalet Pulau Desa Lestari....kena menyeberangi sungai dahulu untuk sampai ke sini...kenderaan 4x4 disediakan oleh owner chalet..tetapi kenderaan anda perlu diletakkan di kawasan berhampiran dengan padang sekolah....ini disebabkan kawasan chalet Kampung Gepeh dikhaskan untuk mereka yang menginap di sana sahaja....

Chalet Bersah....akan berjumpa dengan chalet ini terlebih dahulu semasa mula-mula sampai di Kuala Mu....chalet di sini pun best jugak...mungkin next time jika datang ke sini lagi...

Chalet Bersah....berhampiran dengan sungai...

Chalet Pulau Desa Lestari...tempat kami bermalam....bersih dan kemas....kawasan ini terjaga dan sentiasa dibersihkan....jangan buat sampah di sini..pastikan pokok-pokok bunga di sini jangan dipatahkan atau bunganya dipetik...


Pondok untuk bermalam...diperbuat daripada buluh....lantai serta dinding daripada buluh...manakala bumbung daripada pokok rumbia...

Sejuk betul air dekat sini....waktu petang pun tetap sejuk...

Lepak santai...waktu petang di tepi sungai...


Makan malam....kawasan di sini tiada kedai makan....makanan perlu dibawa sendiri dan dimasak sendiri...pastikan makanan mencukupi bergantung kepada berapa malam menginap di sini....tapi dekat sini pun ada kedai jugak..tetapi barangannya terhad....terlupa bawak minyak masak...nasib baik owner chalet tolong belikan minyak dekat kedai Kampung Gepeh....kalau tidak tak mengorenglah hotdog serta daging burger...

Menu makan malam...simple-simple jea...

Suasana malam di sungai....diseberang sungai tuu...Chalet Dusun...meriah dekat sana....ramai orang yang duduk di sana...dah macam pesta...

Tenang sahaja di malam ini....terdapat acara yang sedang berlangsung di dewan serbaguna berhampiran dengan padang bola....YB kawasan meraikan penduduk kampung di sini dengan pelbagai acara...berlangsung dari pagi Sabtu sehinggalah petang Ahad...maklumlah tak lama lagi dah nak pilihanraya....beli hati rakyat... 

Bersarapan pagi dengan maggie cup sahaja.....kalau pergi camping mana-mana memang maggie antara barang yang tidak dilupakan..memang terasa nikmat dapat makan maggie sambil layan air sungai...

Santai jea....sambil tenangkan fikiran...

Danish bersama kawannya seronok mandi sungai....air memang sejuk sangat....memang mengigil...kalau dah mandi...perut memang akan terasa lapar....

Pukul 12.30 tengahari dah check-out...tak tunggu sampai ke petang..sebab malas nak layan jem dekat highway time nak balik nanti....tapi bertolak awal pun kena jem jugak....sampai di Bukit Sentosa lebih kurang pukul 7 malam....

Elevation....Kuala Mu terletak lebih kurang 800m dari aras laut...memang tinggi kawasan ini...kalau tengok graph tuu, memang banyak mendaki sebelum sampai....apa-apa hal pun, hati-hati semasa memandu ke sini....biar lambat asalkan selamat...

Next time tak tahu bila lagi nak sampai kat sini....harap-harap akan berkunjung semula ke sini....next time nak cari tempat sejuk lagi....Sungai Pauh Campsite dalam perhatian....

No comments:

Post a Comment