Sunday 24 March 2013

Menjejaki Trek Antara Gapi Fun Ride - 24 March 2013

Minggu ini kayuhan menjejaki semula trek Antara Gapi Fun Ride 2009 yang telah lama ditinggalkan semenjak tamat acara yang dianjurkan dulu. Seramai 5 orang pada mulanya dan hanya 4 orang yang meneruskan kayuhan pada kali ini. Bermula di shop lot kedai berhampiran pintu masuk Antara Gapi seawal jam 8.40 pagi dengan menyusuri jalanraya menuju denai di Guru Nanak. Laluan road sejauh 2 kilometers dan seterusnya melalui laluan offroad mendaki yang licin serta berlumut.

Walaupun matlamat untuk berkayuh sehingga ke puncak Bukit Dagu tidak kesampaian disebabkan laluan yang banyak sudah berubah dan juga faktor masa. Dengan berpandukan GPS tanpa "treklog" serta hanya mengharapkan daya ingatan yang sudah 4 tahun lamanya, memang sukar untuk menjejaki semula laluan tersebut. Banyak pembangunan drastik telah dilakukan sehingga menyukarkan kami. Tetapi kami telah merancang untuk menjejaki semula laluan tersebut pada masa akan datang.....banyak kenangan nostalgia suka-duka sebelum,semasa dan selepas semasa kayuhan Fun Ride tersebut berlangsung...."semua itu sudah menjadi sebuah kenangan".....


Babat,Basri,Abun,Baguk,Josh

Halangan pertama sebelum memasuki laluan offroad di Guru Nanak...

Double trek climbing yang panjang.... 

Laluan licin dan berlumut.....

Relax dulu.....letih climbing...

Denai hutan yang menarik....

Memasuki semula taman perumahan Antara Gapi....



Climbing tarmac menuju Rumah Pump Air....

Pemandangan dari puncak...

Downhill tarmac....di sini lah lokasi aku semasa menjadi mashall dahulu....sempat ambik gambar peserta masa downhill....


Laluan ini memang berubah sama sekali...tak sama seperti dulu....jika dulu laluan lurus berpasir di dalam ladang kelapa sawit tetapi sekarang sudah menjadi jalan utama penduduk Antara Gapi ke Ulu Yam....

Memasuki laluan offroad menuju kebun sayur...masih seperti dulu...

Laluan berpasir....


Dulu tak ada pagar.... sekarang kena mintak kebenaran dulu sebelum nak masuk...

Banyak perubahan...sukar untuk menentukan laluan...

Climbing yang panjang....


Laluan semakin sukar tanpa treklog GPS... terpaksa berpatah balik...




Gambar kenangan semasa Antara Gapi Fun Ride 2009....


Bergambar bersama YDP Hulu Selangor....

Laluan ini sudah tak wujud lagi....sekarang sudah menjadi jalanraya menuju Ulu Yam....


1 comment:

  1. rindu trek ni..bila la team pkns nak buat lagi..lepas bernam jaya terus senyap

    ReplyDelete