Tuesday, 5 March 2013

Kayuhan Santai @Air Terjun Kuang - 3 March 2013

Minggu ini kayuhan santai sambil bermandi-manda di kawasan air terjun Kuang, Sungai Buloh bersama-sama dengan Sungai Buloh Old Town (SBOT). Berkumpul di Restoren Fareed Line Clear berhampiran dengan kilang Hong Leong Yamaha bersama seramai 9 orang pengayuh dan memulakan kayuhan tepat jam 9 pagi. Laluan landai dipermulaan kayuhan dan sedikit berbukit ketika memasuki kawasan hutan.

Kayuhan kali ini adalah untuk menjejaki kawasan air terjun yang terdapat di dalam kawasan hutan di sekitar Kuang. Memasuki kawasan hutan melalui kawasan kuari dengan keadaan jalan yang berdebu serta berpasir sejauh 8 kilometer.

Macam biasa....bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan...

Laluan road menuju kawasan Kuari Sungai Buloh...

Menuju kuari... laluan berpasir serta berdebu...


Kawasan yang sedang diteroka....


Rehat dulu...

Laluan ladang kelapa sawit....

Singletrek yang menarik.....

Laluan berselut dan berlumpur...terpaksa pikul basikal

Kawasan perkampungan Orang Asli Ulu Kuang...


Sampai di kawasan air terjun....

Bersiap sedia untuk bermandi manda....

Huhuhu.....sejuk....

Tenang.....


Bertemu dengan orang kuat "Kayuh Lasak" (Shamoon Shabudin) serta group KLMBH yang sedang "recce" trek untuk hash... kemungkinan besar hash akan diadakan disini pada bulan June nanti....

Rakan-rakan dari KLMBH..........

Masak maggie dulu... lapar...sejuk-sejuk ini memang sedap kalau dapat makan maggie

Bukan main seronok lagi... siap terjun berpusing-pusing....

Woow.... macam tak penah jumpa sungai...

Nuar & Mie Cha.... lepak sambil melayan perasaan....

Selesai sudah mandi....masa untuk pulang....


Stesen Komuter Kuang...




3 comments:

  1. salam tuan...boleh dapat map detail untuk ke sini tak?tq ajak_8887@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. Nak mntak juga map detail. kmr2027@gmail.com. terima kasih

    ReplyDelete