Sunday 18 May 2014

Shah Alam Enduride 2014 - 18 May 2014

Minggu ini kayuhan endurance di Shah Alam Enduride 2014 yang telah berlangsung di Extreme Park Seksyen 13 Shah Alam. Kayuhan road sejauh 150km ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 600 orang peserta dan telah dilepaskan oleh Menteri Besar Selangor, YB Khalid Ibrahim pada pukul 8.00 pagi.

Route laluan ialah Extreme Park S13-Bukit Jelutong-Kota Damansara-Sungai Buloh-Paya Jaras-Batu Arang-Tasik Puteri-Fruit Valley Bestari Jaya-Ijok-Kuala Selangor-Ijok-Puncak Alam-Cahaya SPK-TTDI Jaya-Extreme Park.

Kayuhan landai di awal kayuhan dan pendakian ketika di Batu Arang dan seterusnya Fruit Valley Bestari Jaya. Laluan landai semula menuju Kuala Selangor serta pendakian yang memeritkan semasa di Puncak Alam menuju Cahaya SPK. Keseluruhanya, laluan yang disediakan memang mencabar terutama di laluan Cahaya SPK. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam di atas pengajuran yang meriah serta terbaik dari segi kawalan lalu lintas.


Event roadbike yang kedua untuk tahun ini....

Di garisan permulaan.....



Peserta dilepaskan pada pukul 8 pagi oleh Menteri Besar Selangor, YB Khalid Ibrahim...



Medal...mantap..

Kayuhan yang memenatkan....


No comments:

Post a Comment