Sunday 4 May 2014

Ride Houz Off-Road Jamboree KLIA 2014 - 4 May 2014

Minggu ini berkayuh di Sepang pula, sempena Ride Houz Off-Road Jamboree 2014 yang telah berlangsung di Bay 12 Sepang International Circuit (SIC). Lebih kurang 1200 pengayuh telah menyertainya dengan jarak kayuhan sejauh 25km. Laluan trek adalah disekitar Sepang yang semestinya meliputi kawasan ladang kelapa sawit yang berbukit. Trek adalah 90% offroad dan baki adalah road tarmac.

Trek di kawasan Sepang sememangnya cukup meletihkan, ini kerana kawasannya terdiri daripada ladang sawit yang berbukit serta terdapat banyak pendakian yang pasti mencabar mental dan fizikal pengayuh. Walaupun sebelum ini sudah pernah merasainya di Sepang Jamboree namun setiap acara pasti ada perbezaannya.

Tahniah kepada pihak penganjur terutama Bro Annuar Salehan di atas penganjuran jamboree pada kali ini.

Distance : 25.6 Kilometers
Moving Time : 2 hours 13 minutes
Stopped Time : 5 minutes 29 seconds
Max Speed : 39.7 km/hour
Moving Avg : 11.6 km/hour

HR Avg : 158
HR Peak : 182
Energy : 2251 kcal
TE : 5.0



Starting Point di Bay 12 Sepang International Circuit.... tapak acara yang sama untuk Sepang Jamboree pada tahun sebelumnya...

Peserta bersiap sedia di garisan permulaan....

Kayuhan bermula pada pukul 8.20pagi....

Di awal offroad...traffic jam semasa first climbing...

Climbing lagi....


Laluan sesak disebabkan ramai riders menolak basikal....

Inilah puncanya....lopak air serta lumpur....

Kawasan terbuka....tetapi cuaca mendung...


Pendakian lagi....

Dan lagi....

Laluan yang sama seperti Sepang Jamboree.... pendakian ke puncak sambil pemandangan LCCT....

Kapal terbang Air Asia di LCCT.....tak lama lagi berpindah ke KLIA2 pulak...

Climbing lagi....

Road menuju garisan penamat.....

Finishing line....

Alhamdulillah .....selamat sampai

Bergambar bersama Bro Annuar Salehan....walaupun Bro Annuar tidak berkayuh tetapi tetap bermandi peluh semasa mengendalikan event ini.... cuaca agak panas ketika ini...
Tahniah Bro Annuar.....

Mendapat sedikit cenderahati....tergolek seawal kayuhan di laluan offroad disebabkan oleh pelepah sawit yang terpelanting masuk ke dalam rim....apa lagi tergolek terlentang lah....nasib baik calar jea...biasalah asam garam bermain mountain bike....
Frust disebabkan gear shifter melompat-lompat dan rantai jatuh disebabkan oleh RD bengkok semasa jatuh....


Jarak kayuhan sejauh 25km.....pendek tetapi banyak pendakian...

No comments:

Post a Comment