Tuesday 13 January 2015

Batam Outer Ring 3rd Edition 2015 (BOR3) 2015 - Drak Bike Park...melayan offroad singletrek..

Setelah sampai di Pulau Batam, penginapan kami telah disediakan di Wisma Haji Pulau Batam. Kompleks ini merupakan tempat persediaan bagi bakal-bakal haji dari Batam sebelum pergi menunaikan fardhu haji. Bilik penginapan tidaklah semewah bilik di hotel, namun cukup untuk kami bermalam dan menikmati kayuhan di sini. Setelah check-in, kami berkayuh ke restoran yang berhampiran untuk menikmati makanan tengahari dan kemudiannya balik semula ke bilik untuk berihat.

Pada sebelah petangnya, kami dijemput oleh geng-geng rider dari Batam untuk berkayuh santai. Pada mulanya, kami menjangkakan hanya berkayuh disekitar kota Batam. Namum, jangkaan itu meleset apabila kami telah diajak untuk melayan singletrek di Drak Bike Park yang terletak di kawasan tadahan air Duriangkang Batam. Bike Park ini telah diasaskan pada pertengahan tahun 2009 oleh Stewart Ong dari Singapore. "Drak" adalah nama singkatan bagi "Duriangkang". Laluan trail sejauh 65km ini mengambil masa selama 10jam untuk dihabiskan dengan pelbagai bentuk muka bumi yang pastinya memang mengujakan.


Drak Bike Park, Batam Indonesia....

Bersama Fairuz....seronok melayan singletrek...

Pit Stop.....lepak minum setelah penat berkayuh dicelah-celah pokok....menikmati hidangan teh-o ice yang menyegarkan....

Drak Bike Park....trail sepanjang 65km yang sememangnya mengasyikan....

Berehat sambil menunggu rakan-rakan lain....

Ceria....bersama geng PTK Kulaijaya....

Laluan trek yang dijaga sepenuhnya dan kerap melakukan pembersihan...


Kemeriahan bersama geng dari Malaysia dan Indonesia...


Tasik tadahan air tawar yang terbesar di Pulau Batam... 

Pemandangan yang sungguh indah dan damai semasa lewat petang....

Sungguh mendamaikan....


Terdapat juga penduduk yang mencari rezeki di sini....

Penerangan tentang laluan trail oleh Bapak Yuri.... laluan trek sejauh 65km ini mengambil masa selama 10jam untuk dihabiskan....
Menurut penerangan Bapak Yuri, akan diadakan event offroad di trail ini pada bulan March nanti...jika berminat sila layari FB..."Real Mountain Bikers Batam"....untuk mendapatkan info terkini...

2 comments:

  1. Best la.. mcm nak kena buat lawatan jugak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom bro...pegi ramai-ramai baru best...

      Delete