Thursday, 1 January 2015

Kayuhan Tahun Baru 2015 - 1 January 2015

Kayuhan pembuka tirai tahun 2015 bermula dengan kayuhan roadbike dari Bukit Beruntung-Rasa-Batang Kali-Antara Gapi-Serendah-Sungai Choh-Bukit Sentosa sejauh 60km. Memadai untuk kayuhan santai bagi permulaan tahun ini walaupun dengan hanya 6 orang pengayuh sahaja. Sememangnya peluang cuti tahun baru kali ini digunakan sepenuhnya untuk berkayuh kerana terserempak dengan ramai pengayuh roadbike pada pagi ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015.........selamat berkayuh sepanjang tahun ini...

JiwaBasikal-PRCC-SCT......

Kayuhan Non-Stop....hanya berhenti seketika di puncak bukit Highway Serendah yang masih lagi dalam pembinaan....


Tayar Pak Syeikh JiwaBasikal kekurangan angin.....pump angin dulu...

Pembinaan highway ini telah lama dimulakan, namun masih belum siap sepenuhnya walaupun rasanya sudah 8 tahun berlalu....

Pembinaan sedang tertumpu di bahagian flyover di persimpangan Highway Latar dan kawasan Templer Park....

Penghujung jalan....laluan dihadapan masih belum lagi berturap.....

Letih climbing....

Structure besi yang sudah berkarat terbiar ditepi highway....

Laluan sejauh 60km sahaja.....

No comments:

Post a Comment