Monday, 16 February 2015

Kayuhan d'Ulu Kalong Batang Kali - 15 February 2015

Minggu ini kayuhan disekitar kawasan Batang Kali iaitu di Resort Restu Ibu, Ulu Kalong yang merupakan kawasan perkelahan di tepi sungai dengan chalet yang dibina disepanjang sungai. Kayuhan kali ini adalah pengubat duka disebabkan tidak dapat berjamboree di Parit Jawa disebabkan keadaan badan yang kurang sihat disepanjang minggu lalu. Sebagai balasannya, trek di Ulu Kalong menjadi pengubatnya. In sya allah tahun depan jika dipanjangkan umur akan berkayuh semula di Parit Jawa.

Kayuhan kali ini boleh tahan juga, dengan 3 buah bukit terpaksa ditawan dan seterusnya banyak mengimbau kembali kenangan di laluan trek yang pernah dilalui semasa KLMBH Epic serta Hash dan juga jamboree. Sememangnya, trek di Batang Kali ini memang sesuai untuk aktiviti berbasikal kerana mempunyai pelbagai bentuk muka bumi dan pendakian jugak tidak kurang banyaknya.


Empat orang wakil PRCC kali ini....
Basri-Babat-Is-Abun...

Ramai rider pada kali ini yang terdiri dari pelbagai group....ada yang datang dari Pahang....



Puncak bukit pertama yang berjaya ditawan...


Berehat sebentar sambil menunggu rakan rider yang belum sampai....

Climbing sekali lagi.....

Is....ceria walaupun tengah climbing...

Basri....terjelir lidah...atau saja-saja buat....

3 biji FatBike....lead untuk kayuhan pada kali ini....walaupun FatBike tetapi masa climibing memang laju......

Lepak dulu.....

Kayuhan landai di ladang kelapa sawit....



Di atas puncak Bukit Lori....terima kasih kepada Wan, Remy dan Abg Ajiz kerana sudi berkayuh bersama dan menyediakan sarapan pagi dan makanan tengahari....

Rehat dulu....sebelum layan downhil....

Sampai di atas puncak Bukit Lori....

Huhuhu...tinggi jugak bukit nie...


Layan downhil....

View dari atas puncak....

Pemandangan dari puncak....


Makanan tengahari disediakan....terima kasih kepada penganjur...


No comments:

Post a Comment