Thursday, 19 February 2015

Road To Fraser's Hill - 19 February 2015

Sempena cuti Tahun Baru Cina, satu kayuhan ke Bukit Fraser telah dianjurkan oleh Kakikusa dan Basikal Jawa. Penyertaan adalah percuma dan seramai lebih dari seratus orang telah menyertainya. Kayuhan kali ini dinamakan sebagai "Road To Fraser's Hill" dan bermula di Pejabat Pos Kuala Kubu Bahru serta tamat di puncak Bukit Fraser. Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi setelah briefing dan bacaan doa oleh pihak penganjur. Cuaca mendung dan berangin semasa kayuhan memang cukup nyaman dan menyegarkan.

Berjaya menawan puncak Fraser Hill pada pukul 12.45 tengahari setelah berehat di kawasan air terjun Sungai Semangkuk dan bergambar di Gap Fraser. Makan tengahari di atas puncak dan turun semula pada pukul 2.15 petang. Keadaan yang sesak dengan orang ramai di puncak Fraser terutama di menara jam dan di gerai makan mungkin disebabkan cuti perayaan pada kali ini. Semasa berkayuh naik, kerap berselisih dengan kereta yang naik ke puncak.

Event yang dianjurkan oleh Kakikusa dan Basikal Jawa....


Bersama Iskandar pada kali ini....

Di starting line....briefing dan bacaan doa dari pihak penganjur....

Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi...cuaca yang cerah pada pagi ini...

Bergambar seketika di laluan masuk Empangan Kuala Kubu Bharu...

Konvoi mengiringi basikal FatBike.....



Pit Stop.....Air terjun Sungai Semangkok....

Bersama legend....Saudara Azmi...

Support car dari ahli keluarga....air dan makanan disediakan...

Sampai di Gap Fraser Hill.....


8km lagi untuk sampai ke puncak....



Sampai di atas puncak....

Konvoi FatBike sampai di puncak Fraser...

Macam biasa...bergambar di menara jam dulu....tak sah kalau sampai ke puncak tak bergambar disini....


Bergambar beramai-ramai....

Makan tengahari di puncak....

Board untuk group basikal dan motosikal menampal sticker group masing-masing...

Sticker PRCC masih ada di sini....

Bergambar sebelum kayuhan turun ke KKB...

Terima kasih kepada Kakikusa dan Basikal Jawa......

No comments:

Post a Comment