Sunday, 23 October 2016

Great Eastern Live Great Run 2016 - 23 October 2016

Larian Half Marathon yang kedua untuk tahun ini setelah yang pertama di Shah Alam pada 2 minggu yang lepas. Tetapi kali ini berlari di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan bermula di Dataran Merdeka. Penyertaan di Great Eastern Run ini merupakan kali pertama walaupun event ini kerap diadakan pada setiap tahun sama ada di Kuala Lumpur atau di Penang. Penyertaan berjumlah 14 ribu orang dan terbahagi kepada 3 kategori iaitu 5km,12km dan 21km.

Kategori HM bermula pada pukul 5.30 pagi dan diikuti dengan kategori yang lain. Kategori teramai adalah Larian Bubble Dash yang terdiri daripada kanak-kanak bersama family yang berlari sambil mandi buih berwarna-warni.

 
Penyertaan HM kali ke-2 untuk tahun ini.....

Berkumpul seawal jam 5 pagi di hadapan Dataran Merdeka....aktiviti pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan larian...

Solo jea hari nie...mata mengantuk sebenarnya...bangun seawal pukul 3.15pagi...bersiap2 dan bertolak ke KL pukul 4 pagi dan sampai pada pukul 4.50pagi....

Peserta mula berkumpul di starting line....



Flag off pada pukul 5.37 pagi....lewat 7 minutes disebabkan tidak mendapat "green light" dari pihak polis...

Follow pace 2:30....awal-awal ok lah...masuk KM8 dah sayup jauh ke depan....

Suasana pagi dah terang....menuju ke KM11...Jalan Ipoh menuju ke Stadium Hoki Jalan Duta sebelum melencong ke Jalan Langgak Tunku....banyak pendakian di sini....


Sudah memasuki KM18....ada baki 3km lagi sebelum sampai di garisan penamat....memasuki Jalan Ipoh semula dan menuju ke Dataran Merdeka....

Jalan Ipoh jammed disebabkan hanya satu lorong dibuka....kenderaan banyak walaupun cuti hujung minggu...

Kumpul tenaga untuk 3Km yang terakhir....climbing menuju Dayabumi sebelum membuat lencongan ke Dataran Merdeka...


 Sampai juga akhirnya....

Collect medal dulu sebelum balik....


Acara sampingan di Dataran Merdeka.....

Penyampaian hadiah kepada semua pemenang....



Semasa menuju ke parking kereta...bertembung dengan peserta Bubble Dash.....pesta mandi buih berwarna-warni...

"Happening"....ibubapa yang membawa anak bersama-sama sambil mandi buih....  


Koleksi medal HM yang kedua.....Alhamdullilah.....

Catatan masa yang lebih baik berbanding semasa Mizuno Night Run pada 2 minggu yang lepas....HM seterusnya di Putrajaya Night Marathon pada bulan hadapan sebelum ke Pulau Pinang untuk Penang Bridge International Marathon....

Result Offical Time....

No comments:

Post a Comment