Sunday, 16 October 2016

Shimano Burung Hantu Night Ride 2016....tahun ke-7 yang "awesome"... - 15 October 2016

Setahun menghilang, kali ini menjelma kembali.... Shimano Burung Hantu Nite Ride 2016 yang sememangnya ditunggu-tunggu pada tahun ini. Kayuhan malam yang pertama kali diadakan pada tahun 2009 dan pada mulanya menjadi tanda-tanya kepada semua peserta, adakah selamat untuk berkayuh di laluan offroad pada waktu malam serta menuruni laluan berbukit yang dengan hanya berbekalkan lampu serta sinaran bulan. Tersesat atau jatuh di denai singletrail selalu menjadi igauan mimpi ngeri untuk setiap peserta. Namun dengan persiapan mental dan fizikal serta pancaran lampu rechargeable disetiap handlebar peserta semua itu pasti boleh direalisasikan.

Disepanjangan penganjuran ini, hanya dua kali sahaja tapak acara diubah ke Stadium UTeM dan Stadium Hang Jebat Melaka, manakala selainnya di Dataran Air Keroh. Seramai 2,200 orang peserta kali ini dan 700 orang terdiri daripada kategori race dan selebihnya kategori jamboree. Laluan trek agak mencabar diawal kayuhan dengan banyak pendakian serta kesesakan disebabkan oleh jumlah peserta yang ramai.


Alhamdullilah...penyertaan kali ke-7 untuk tahun ini semenjak tahun 2009..... 

Prima Riders berkumpul semula di Air Keroh.....semenjak Burung Hantu diadakan, masih belum terlepas peluang untuk menyertainya....

Ceria sebelum memulakan kayuhan.....santai-santai jea kali ini....maklumlah di malam hari....

Wajah-wajah ceria....






Suasana sebelum bermulanya kayuhan....bersiap sedia untuk flag off pada pukul 8.30 malam...


Sticker Check-In.....sebelum memasuki kawasan untuk acara jamboree.... 

Menara jam di Dataran Bersejarah Air Keroh.....menara jam menunjukkan waktu yang tepat, jika dulu jam ini tidak berfungsi....

Lebih kurang 2200 orang peserta membanjiri di sekitar dataran....meriah dengan kilauan lampu pada basikal setiap peserta...

Geng Jiwa Basikal.....



Acara bunga api sebelum kayuhan bermula....cukup meriah dan terasa teruja.....

Sampai di garisan penamat.....bersyukur kerana selamat sampai tanpa sebarang kemalangan yang tidak diingini....

Nuar sampai di garisan penamat....

Pengacara majlis......peserta telah mula ramai yang tiba....

 
Azrul kembali semula dengan basikal baru dan semangat baru.....

Pentas utama.....menunggu acara lucky draw bermula pada pukul 2 pagi....

Medal yang unik diperbuat daripada kayu.....lain daripada yang lain...setakat ini tak pernah terima medal kayu.....

 Malam yang semakin menuju ke pagi.......embun jantan dari tadi sudah mula turun...cuaca terang dengan sinaran bulan....

Menunggu acara lucky draw bermula apabila sweeper marshal tiba pada pukul 2 pagi...

Hadiah lucky draw memang grand serta hebat-hebat...hanya nasib sahaja yang tidak menyebelahi....tak lucky pun...

Setia menunggu sehingga habis acara walaupun hampa....

Muka mengantuk....kalau disorongkan bantal pasti lena.....

Lepas kayuh perut pun dah lapar...pekena Asam Pedas dekat Pasar Borong Melaka.....

Disebelah petangnya semasa mengambil goodies bag...



Tahun depan kita berjumpa lagi......

No comments:

Post a Comment