Kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba terbang dengan paragliding bersama dengan penerjun yang berpengalaman. Mula-mula perasaan memang gementar disebabkan oleh ketinggian paragliding yang akan terbang. Namun, apabila sudah berada di udara semua perasaan itu hilang dan timbul pula rasa keseronokan.
Bergambar di atas puncak Gunung Banyak.....dapat melihat pemandangan di sekitar Kota Batu dan Malang....cuaca sejuk dan dingin terutama semasa angin bertiup...
Gunung dekat depan tuu akan berkayuh hari ini selepas layan paragliding..
Cantik pemandangan disekitar Kota Batu.....
Menaiki lori ke puncak Gunung Banyak....laluan agak sempit dan bersesak-sesak dengan orang ramai yang juga ingin ke puncak....
Pos mengutip yuran masuk...tak pasti berapa rupiah kena bayar....mungkin tak berapa mahal....
Layan bergambar dulu.....
Sampai di atas puncak....dan lepak di kawasan untuk take off.....kecut perut jugak tengok paragliding ini...hanya mengharapkan tiupan angin untuk terbang...tetapi angin di sini memang kuat...
Bayaran yang dikenakan sebanyak Rp350,000 bagi setiap penggunjung...lebih kurang RM117 duit Malaysia....tak lepaskan peluang untuk mencuba....
Hanya kami berlima sahaja yang berani mencuba...manakala Basri,Mali dan Ijani tidak mahu disebabkan oleh faktor ketinggian....
Sememangnya....berasa gerun juga untuk terbang...tetapi tawakal sahaja dan mengharapkan Pak Supir Paragliding yang semestinya penuh pengalaman di dada untuk membantu menerbangkannya dengan selamat....rata-rata mereka ini berpengelaman selama 15 tahun dan ada jugak Pak Paragliding yang pernah datang ke Malaysia dan terbang di Bukit Jugra, Selangor....
Pelbagai aksi dilakukan....pusing maneuver memang mengecutkan perut....Abg Cik yang paling extreme....pusing maneuver yang dilakukan mengerunkan....sampai ada rakan-rakan yang lain muntah-muntah selepas turun....
Gliding bersama otai yang paling senior di sini....memang cukup berpengalaman....aksi maneuver membuatkan ramai penonton yang menjerit serta bersorak kerana dia gemar melakukan aksi di tebing bukit yang sememangnya cukup mendebarkan....nasib baik semasa aku naik, sedikit sahaja aksi yang dapat dilakukan disebabkan tiupan angin agak kencang semasa itu...lega rasanya...
Pak Antony cuba membantu semasa memakai kelengkapan untuk terbang....sebenarnya Pak Antony pun tidak pernah terbang kerana gayat.....
Siap untuk terbang.....
I'm flying without wings...
Woow...memang awesome....terbaik lah....
Muka-muka kental....
Afitz bersiap sedia dengan kelengkapan untuk terbang....
Stand-by.....bersedia untuk terbang...
Take off Apitz yang pertama gagal....tiba-tiba angin tidak bertiup.....kali kedua berjaya....
Giliran Hamdi pula....
Woow....sudah bersedia untuk terbang ke udara....
Abg Cik....pun dah bersiap sedia untuk terbang...
Hasilnya.....sijil penghargaan kepada mereka yang berjaya terbang.....
Pekena soda gembira dulu sebelum start berkayuh....
No comments:
Post a Comment