Wednesday, 9 November 2016

Kayuhan Gunung Bromo - Day 5 : SUB-KL - 31 October 2016

Setelah lima hari berada di bumi Surabaya, akhirnya kami pun bergerak pulang ke tanahair dengan penerbangan Air Asia pada pukul 3.15 petang. Bergerak ke Surabaya seawal jam 8 pagi. Kami hanya ditemani oleh Pak Antony manakala Pak Indra tidak dapat hadir disebabkan oleh faktor kerja kerana perlu melaporkan diri di kantor pada pagi itu. Semasa perjalanan, kami singgah untuk bersarapan pagi serta membeli sedikit buah tangan untuk keluarga di rumah.

Perjalanan ke Airport Surabaya mengambil masa lebih kurang 4 jam disebabkan oleh kesesakan jalan raya terutama diwaktu pagi semasa semua orang bergegas untuk datang bekerja.


Bergambar dulu di hadapan Guest House sebelum bergerak pulang....guest house yang terbaik disebabkan pelbagai kemudahan disediakan seperti duduk di rumah sendiri....

Sampai di Airport Surabaya.....

Ucapan selamat tinggal buat Pak Antony yang banyak membantu semasa berkayuh di sini...dan antara guide yang terbaik dan mempunyai skill berbasikal yang tinggi walaupun selalu merendah diri...

Berhasrat untuk datang semula ke sini....kerana kami hanya mengexplore sebanyak 30% sahaja trail yang terdapat di sini....banyak lagi trail-trail yang menarik dan kami berhasrat untuk mengajak rakan-rakan Prima yang lain untuk ke sini pada masa akan datang....layanan yang diberikan memang terbaik untuk kami disepanjang berada di sini....

Banyak kenangan yang ditimba sepanjang kayuhan disini dan tidak ketinggalan jua ilmu-ilmu yang diturunkan oleh Pak Antony dan Pak Indra semasa kami berkayuh di sini..... 

Malam terakhir di Malang....packing basikal ke dalam kotak..esok pagi tak perlu tergesa-gesa..
 

Kedai makan yang kami singgah untuk bersarapan semasa perjalanan pulang....

Sempat bershopping membeli baju sekadar yang ada...

Singgah sebentar di kedai menjual barangan kulit di Tanggulangin....pelbagai barangan kulit dijual di sini dengan harga yang berpatutan...kawasan ini merupakan kawasan yang terkenal di Surabaya sebagai kawasan perusahaan barangan kulit.....rambang mata memandang....

Semasa check-in di airport....sampai awal dan keadaan tidak bergitu sesak...segala urusan berjalan dengan lancar....


 
 
 Selamat tinggal Surabaya....panjang umur kami akan berkunjung lagi...in sya allah....
Kami pahatkan kenangan di bumi Surabaya dengan rasa syukur kepada illahi....allamdullilah syukur...

No comments:

Post a Comment