Sunday 5 February 2017

Hiking Gunung Nuang via Lembah Pangson - 4 February 2017

Memang sudah lama berhajat untuk mendaki Gunung Nuang, semenjak dari bangku sekolah lagi semasa menyertai Pengakap dahulu. Namun, baru hari ini hajat itu terlaksana dan berpuas hati semasa sampai di atas puncak. Walaupun puncak Gunung Nuang bukan merupakan kawasan terbuka yang membolehkan pendaki melayan pemandangan disekitarnya tetapi dapat sampai ke puncaknya sudah cukup memadai. Ramai pendaki yang mendaki pada hari ini dan ada yang sudah mula mendaki pada tengah malam.

Pendakian kami bermula pada pukul 5.50pagi dengan seramai 10 orang kesemuanya. Sasaran pada kali ini adalah hendak sampai di puncak sebelum pukul 12 tengahari. Pendakian dari parking kereta ke Kem Lolo agak landai dan sedikit mendaki manakala pendakian ke Kem Pacat mula mencabar mental dan fizikal. Untuk sampai ke Kem Pengasih memerlukan tenaga yang maksimum disebabkan terdapat banyak pendakian di celah-celah akar kayu serta batu. Manakala laluan dari Kem Pengasih sehingga ke puncak Gunung Nuang agak pendek namun tetap mencabar disebabkan laluan sepeti rock garden dengan timbunan batu yang besar. Segala keluh resah dan kepenatan terubat apabila berjaya menjejakkan kaki di atas pucak sambil bergambar untuk kenangan.


Berada di atas puncak Gunung Nuang....satu kepuasan setelah mengharungi pendakian yang mencabar.... 

Register dahulu sebelum mendaki di pondok ranjer....sebagai faktor keselamatan jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.. 

Bayaran RM1 dikenakan bagi setiap pendaki....

Pintu masuk ke Gunung Nuang....pendakian bermula seawal jam 5.50 pagi...sudah ramai pendaki yang telah memulakan pendakian dan ada yang bermula seawal tengah malam...
Suasana sejuk dan dingin semasa meredah kegelapan malam sambil mendengar laungan azan suboh dari masjid berhampiran....menunaikan fardhu solat di pondok yang disediakan...

Headlamp sebagai penyuluh di kegelapan pagi...

Sampai di Kem Lolo pada pukul 8 pagi....cuaca sudah mulai terang

 Bergambar dulu.....





Kem Lolo...ramai pendaki yang berkhemah di sini....khemah didirikan di tepi sungai dan tapak perkhemahan juga disediakan....

Meniti di atas batang pokok yang tumbang untuk menyeberangi sungai...

Berehat untuk sarapan dahulu....selepas ini pendakian yang sebenarnya akan bermula...

Penjaga Gunung Nuang yang setia....setiap pendaki pasti akan merasakan kehadirannya dan kehadirannya sentiasa disenangi malahan penjaga ini tidak sesekali menggangu pendaki hanya memerhati dan memantau...

Menyeberangi sungai dan seterusnya pendakian pun bermula...

Tuu dia....climbing all the way sehingga ke Kem Pacat....

Pacak.....layan jea laahh....

Laluan licin disebabkan hujan yang turun pada hari sebelumnya....


Mendaki sambil menggunakan tali yang telah disediakan...laluan curam dan licin...

Slow & steady... ini baru permulaan...banyak lagi pendakian selepas ini...tenaga perlu disimpan dulu....

Sampai di Kem Pacat.....

Bergambar dulu....


Trademark Kem Pacat....akar pokok berpintal-pintal....bergambar dulu untuk kenangan..... 

Bergambar dulu sambil menghilangkan penat....

  
Laluan dari Kem Pacat ke Kem Pengasih lebih sukar dan mencabar....banyak pendakian yang curam serta memerlukan tenaga yang banyak untuk mendaki dicelah-celah akar pokok serta batu....

Penat mendaki...rehat dulu....lama-lama sampai jugak....


Akhirnya sampai di Kem Pengasih.....kawasan ini merupakan kawasan yang berselut serta mempunyai banyak lopak serta takungan air....agak berlumpur serta lembap...
Untuk sampai di puncak Gunung Nuang mengambil masa lebih kurang 45minit dari Kem Pengasih...menuruni bukit sebelum mendaki semula ke puncak Gunung Nuang...kawasan di sini seperti Rock Garden kerana terdapat batu-batu besar di sepanjang laluan manakala trek juga licin serta basah....

Akhirnya sampai di puncak Gunung Nuang...pada ketinggian 1,493 meter dari atas laut....


Puas yang tak terhingga....



Stesen Trigonometri di atas puncak...

Ramai pendaki di atas puncak....ada yang sudah mulai turun dan masih ramai lagi yang masih berehat sambil berborak-borak...

Penjaga yang setia... hanya akan turun apabila pendaki yang terakhir turun...

Masak air untuk menikmati keenakan Kopi Muar....terbaik...

Kawasan berkanopi...merupakan laluan naik ke puncak Gunung Nuang melalui Janda Baik....

Pemandangan dari atas puncak....menarik dengan suasana berkabus...

Bergambar dulu... bukan senang nak sampai ke puncak dan belum tentu lagi bila ada peluang untuk mendaki di sini semula...



Bergerak turun dari atas puncak...bertembung dengan pendaki yang ingin naik...

Sampai semula ke Kem Pacat....berehat dulu...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.....Josh mengadu lapar semasa turun, sampai jea dekat Kem Pacat, ada geng offer nasi berlauk ikan sardin dan ayam....apa lagi balun makan dulu....refill tenaga semula....

Sampai semula di Kem Lolo...semasa turun dari Kem Pacat, hujan turun renyai-renyai...laluan menjadi licin...namun nasib baik hujan tak lama turun lebih kurang 10 minit jea...

Mandi dan solat Zohor dulu sambil menunggu geng yang lain sampai...
 
Air sungai yang jernih serta sejuk....menggigil bila berendam..

Laluan turun...menyusuri sungai...

Seperti tempat kincir air di kawasan ini....

Paip air yang agak usang serta berkarat...tak pasti sama ada ia masih digunakan atau pun tidak...



Nampak seperti sudah tidak digunakan lagi....laluan turun dari Kem Lolo ke parking kereta mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit....laluan menurun dan kadang-kadang landai....terasa jauh semasa menuju ke finishing kerana semasa mula mendaki pagi tadi, laluan ini masih gelap dan tidak nampak apa-apa....lagi pun tenaga pun sudah nyawa-nyawa ikan jea...keletihan serta kelaparan...

Menuju ke finishing.....

Alhamdullilah...selamat sampai pada pukul 5.53 petang....pendakian selama 12 jam memang cukup menguji kekuatan mental dan fizikal....
Secara keseluruhannya, trek Gunung Nuang ini bukan sebarangan....memerlukan persediaan mental dan fizkal jika mahu menawannya kerana jumlah masa yang lama diperlukan serta laluan yang memerlukan kekuatan tenaga untuk mendaki serta menuruninya...
 Apa-apa pun...ini hanyalah permulaan....banyak lagi aktiviti hiking yang akan dirancang pada masa akan datang...buat masa kini pendakian "day pack" sahaja yang menjadi pilihan tanpa perlu untuk bermalam di dalam hutan...

1 comment:

  1. Wow...syabas berjaya sampai puncak nuang. Ramai jugak blogger sampai separuh jalan. Torbaik.

    ReplyDelete