Tuesday 11 July 2017

Audax BRM200 : Fraser Hill Loop - 2 July 2017

Audax BRM200 Fraser Hill Loop pada kali ini merupakan penganjuran buat kali ke-3 untuk tahun ini setelah Audax BRM300 pada awal tahun dan Audax BRM400 pada bulan May yang lalu. Laluan kali ini lebih mencabar kerana banyak pendakian iaitu di kawasan perkelahan Ulu Yam, mendaki di Bukit Fraser dan seterusnya pendakian dari Bentong ke Genting Sempah. Lebih kurang 500 penyertaan kali ini dan kami bermula pada pukul 5 pagi di Sekolah Vokasional Gombak berhampiran dengan UIA Gombak.

Masa yang diperuntukan selama 13.5 jam yang akan tamat pada pukul 6.30 petang. Disebabkan latihan yang tidak mencukupi dengan faktor musim hari raya, kayuhan kali ini menjadi lebih sukar dan mencabar mental dan fizikal. Dengan cuaca yang sememangnya panas terutama semasa berada di Bentong dan seterusnya ditimpa hujan yang sungguh lebat semasa menuruni Genting Sempah menuju ke Gombak dalam suasana gelap dan licin.


Berkumpul seawal jam 4.30pagi....

Selfie dulu sebelum memulakan kayuhan....

Beratur mengambil card BRM sebelum memulakan kayuhan pada pukul 5.20 pagi...

Berhenti seketika bagi menunaikan solat fardhu Subuh di masjid...

Masjid di Selayang...tak pasti nama masjid apa....

Memulakan semula kayuhan pada pukul 6.20 pagi....sambil memohon keberkatan dan dilindungi keselamatan di sepanjang kayuhan nanti...

Sampai di puncak Jalan Ulu Yam-Batu Caves...selepas ini turun downhill dengan kelajuan maksimum.....

Pendakian yang panjang disepanjang laluan...berjaya mengharungi KOM yang pertama...mendaki dalam suasana gelap hingga cerah semasa sampai di puncak....

Suasana yang dingin di awal pagi dengan kabus disepanjang jalan....

Sampai di gerai makan Kuala Kubu Bahru untuk bersarapan pagi....perut dah lapar sebelum pendakian yang kedua menuju GAP Fraser Hill....

Pekena kopi secawan sebagai penambah tenaga.....

Pendakian bermula.....matahari mula menyinarkan cahaya...

Terasa berat basikal...tanda lemak bertambah serta kurang latihan....


Sampai di Pit Stop....Sungai Semangkok....lagi 8km sebelum sampai di GAP Fraser Hill....

GAP Fraser Hill.....rakan-rakan lain dah sampai...aku jea yang lewat...

Layan downhill selepas ini sehingga ke Raub....laluan turun sambil berhati-hati disebabkan permukaan jalan yang kurang sempurna...banyak jalan yang retak serta rosak...

Sampai di persimpangan jalan menuju ke Bentong....ramai yang chicken loop selepas Balai Polis Tranum...

Berhenti rehat dulu..pekena cendol durian dulu....cuaca semakin panas, sejukkan badan ..ada 16km lagi sebelum sampai pekan Bentong untuk check point yang kedua....

Menyegarkan dan nikmat....sukar untuk digambarkan...

Cendol sebagai makanan tengahari....mengalas perut sebelum sampai di Bentong....


Sampai di pekan Bentong untuk check point yang kedua....berhenti lepak di Petron dulu sambil makan roti dan setin Nescafe....

Cuaca sudah mulai teduh dan mendung....hari semakin petang...

Berhenti di surau berhampiran bagi menunaikan solat jamak Zohor dan Asar.... kayuh..kayuh...jugak...tanggungjawap kepada Pencipta tetap perlu dilaksanakan...

Selesa.....dapat berbaring di atas lantai sambil melelapkan mata seketika....menggumpul tenaga untuk baki 52km yang terakhir....masih jauh lagi perjalanan....tidak pastikan akan sampai sebelum matahari terbenam atau meredahi kegelapan malam....

Memasuki jalan lama Bentong-Gombak....tak banyak kenderaan yang lalu lalang tetapi sempit dan kadang-kadang pernukaan jalan yang rosak....kena berhati-hati dan sentiasa berwaspada...

Barai....pewaii...dan macam-macam lagi....rendang lemang ketupat semua rasa....

Menggumpul tenaga untuk bagi 30km lagi....hari sudah petang...dah nak hampir malam dan semakin gelap....

Akhirnya sampai di finishing line...setelah meredah hujan lebat semasa turun dari Genting Sempah...jalan basah dan licin...agak merbahaya...namun alhamdullilah selamat sampai walaupun masa sudah cut off....

Syukur...selamat sampai di finishing line....

Masa turun dari Genting Sempah semasa hujan lebat...battery gamin habis...tak dapat plot laluan sehingga ke finishing line...

Laluan yang sememangnya tough dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk menghabiskannya....

No comments:

Post a Comment