Saturday 15 July 2017

Conquer Denai Alam Trail Night Run - 15 July 2017


Setelah sekian lama tidak berlari di waktu malam, rasanya yang terakhir pun pada tahun lepas iaitu Compressport Trail Night Run di Semenyih. Namun kali ini bermula di Club House Cahaya SPK sambil meredahi kegelapan malam di sekitar hutan di Denai Alam. Acara dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 22km dan 12 km, dan bermula pada pukul 8.30 malam. Lebih kurang 600 peserta yang menyertai event kali ini.

Laluan trial adalah landai pada permulaan dan banyak pendakian dipertengahannya. Berlari di sekitar kawasan ladang kelapa sawit dan semak belukar serta melintasi anak sungai di kawasan kelapa sawit.


Event trail night run yang pertama untuk tahun ini....
Jadilah 12km jea....nak layan 22km tak mampu pulak....takut dalam gelap...

Bersama geng-geng ultra....

Starting line....meriah dengan lampu berwarna-warni...

Bersedia untuk larian..tidak ramai yang menyertai kategori ini...hanya lebih kurang 120 orang sahaja...selebihnya dalam kategori 22km...

Apitz....bersemangat....masuk kategori 22km....memang padu...


Peserta 22km dilepaskan terlebih dahulu pada pukul 8.30 malam...manakala diikuti dengan peserta 12km pada pukul 8.50 malam...



Bunyi jea "air horn"....berdesup-desup semuanya....



Tunggu kategori 12km pulak....warm-up dulu....


Menyeberangi anak sungai di dalam kawasan kelapa sawit....berlumpur serta berselut....trail licin dan basah akibat hujan yang turun pada minggu ini...


Check Point yang ke-2....sebelum keluar dari trail dan memasuki laluan road untuk menuju ke garisan penamat...

Suasana gelap dan dingin...bekas minuman tidak disediakan di dalam trail di setiap water station bagi mengelakkan sampah dibuang di dalam trail...peserta perlu membawa botol sendiri atau pun water bag...

Alhamdullilah...selamat sampai di garisan penamat tanpa sebarang kecederaan...

Pentas utama....

Penyampaian hadiah serta piala kepada semua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan...hidangan makanan disediakan di tepi kawasan kolam...lepak rehat sambil menunggu rakan-rakan lain yang baru tiba....

Apitz....antara peserta yang terawal sampai...memang jitu dan padu....

Abang Iskandar Jais....dah lama tak berjumpa...last jumpa pun time Double Trouble X-Trail Duathlon di Port Dickson tahun lalu....memang padu sifu nie...

Bergambar dulu sebelum balik....hari dah semakin pagi...mata pun dah mula mengantuk...

Bergambar beramai-ramai dulu....

Ini sahaja yang mampu, lain kali cuba lagi....syukur...

No comments:

Post a Comment