Di awal permulaan cuaca nampak seperti ada tanda-tanda hujan lebat akan turun. Hujan renyai-renyai semasa menunggu flag off HM seperti menandakan hujan lebat akan mulai turun. Flag off bermula dengan hujan mulai turun. Larian tetap diteruskan walaupun hujan mulai turun. Briefing bersama safety director sebelum flag off ada memberitahu bahawa jika terdapat panahan petir semasa acara berlangsung maka acara larian akan dibatalkan.
Seawal 2km selepas larian, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Sukar untuk melihat semasa berlari disebabkan hujan yang terlalu lebat. Kilat mula sabung menyanbung di langit. Keadaan semakin berbahaya disebabkan dentuman guruh yang tidak putus-putus. Terkenang semasa berlari di Puma Night Run 2015 di Setia Alam dahulu, pun berlari di dalam hujan yang lebat berserta dengan kilat yang menyambar sehingga acara larian terpaksa dibatalkan pada KM5 atas faktor keselamatan. Nasib yang sama juga menimpa pada kali ini, apabila organizer telah membatalkan larian semasa jarak 11Km dengan keadaan hujan telah mula berhenti dan kilat serta petir sudah tiada.
Keputusan membatalkan larian pada malam ini merupakan pilihan yang terbaik walaupun sukar oleh pihak penganjur, namun setelah hujan mulai berhenti dan tiada lagi kilat yang sabung menyabung merupakan pertanyaan yang agak memushkilkan. Kenapa tidak diberhentikan dengan lebih awal iaitu semasa hujan tengah lebat turun atau arahan pembatalan tidak sampai ke pengetahuan marshal yang berada di laluan. Namun apa-apa pun semuanya ada hikmah disebaliknya. Syukur lebih penting daripada menyalahkan mana-mana pihak.
Penyertaan kali ke-3 di acara ini ... dan masih mengekalkan kategori HM....walaupun hanya jarak larian 14km sahaja...
Solo jea kali ini....peserta telah mula memenuhi Dataran Putrajaya...
Pentas utama di hadapan Palace Of Justice Putrajaya....
Warm-up dulu....tapi dah nampak cuaca macam nak hujan jea....
Terjumpa Zurry semasa di starting line....
Semasa KM4....disapa dari belakang oleh Azman....sempat lagi dia keluarkan hp untuk bergambar walaupun hujan lebat tengah turun.... terbaik Man....ada bukti kita lari dalam hujan malam nie...
Semasa di KM5 pun disapa oleh Rahmat P2....dan akhirnya bertemu semula di finishing line...
Ala-ala gigit medal HM walaupun mileage tak sampai pun....jadi lahh...asalkan dapat sampai FL...
Medal kenangan bermandikan hujan.....bukan senang nak dapat pengalaman seperti nie....
Posing lagi....sebelum balik...
Syukur selamat sampai tanpa sebarang kemalangan yang tidak diinginkan....tahun depan kita repeat balik....kita habiskan apa yang tak habis pada tahun ini....
In Sya Allah... akan kembali di PNM 2019... kepada mereka yang marah-marah sangat dalam FB, muhasabah lah dengan diri sendiri....jangan dikesalkan dengan apa yang telah terjadi, semuanya ada hikmahnya... kita hanya merancang namun perancangan Allah lebih sempurna....
No comments:
Post a Comment