Gunung Lambak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Pada tahun 1969 sebuah stesen pemancar RTM telah siap dibina untuk memberikan mutu siaran TV yang terbaik bagi penonton di daerah Kluang. Sebelum ini, penonton di sini mengikuti siaran TV dari pemancar di Gunung Pulai, Johor Bahru. Namun demikian operasi stesen pemancar TV Gunung Lambak hanya bertahan selama 13 tahun sahaja kerana Kementerian Penerangan Malaysia ketika itu mahukan penduduk di Johor supaya lebih menonton siaran TV Malaysia berbanding dengan siaran TV Singapura.
Sampai di atas puncak....terdapat menara pemancar disini, namun dari pemancar TV telah bertukar ke pemancar stesen telekomunikasi....
Peta laluan untuk sampai ke puncak....
Bermula dari sini....start berlari menuju ke puncak....
Laluan bersimen di permulaan trek....terdapat beberapa kawasan yang licin disebabkan berlumut...
Ramai pengunjung pagi nie...tapi tak ramai yang ke puncak...hanya berjogging di kaki gunung...
Tiba di penghujung laluan bersimen....selepas ini akan memasuki laluan trail pula....
Bergambar dulu......ada takungan air di sini....boleh buat untuk membasuh muka...
Masuk trail terus pacak....walaupun pun pacak tetapi ada laluan bertangga yang dibina dengan menggunakan kayu...
Memanjat di celah-celah akar pokok...berselirat dengan akar...kena berhati-hati supaya tidak tersadung...
Jumpa lagi signboard ini.....
Laluan landai sedikit....
Terdapat kawasan yang luas di sini...terdapat pondok untuk golongan warga emas yang bersantai sambil meminum teh...bekalan minuman di bawa sendiri dan minum bersama rakan-rakan yang lain...
Ambil laluan ke kiri jika hendak ke puncak yang mempunyai tower....manakala laluan ke kanan untuk ke puncak yang satu lagi...namun puncak kedua kurang menarik perhatian pendaki untuk ke sana....
Signage menuju ke puncak....
Di belakang signboard terdapat laluan ke puncak yang lain...
Bermula sesi pendakian....pacak tegak sehinggalah ke puncak....
Laluan agak curam...namun terdapat tali yang disediakan....
Sayup mata memandang dari atas....
Panjat lagi....makin tinggi makin pacak....
Suasana dah mula berkabus....sejuk ketika ini...kadang-kadang basah ditiup angin...
Puncak pasti berkabus....kerana laluan ini semakin berkabus...
Tower di atas puncak...
Sampai jua akhirnya....masa yang diambil dari kaki gunung sehingga ke puncak lebih kurang 58 minit...ini bergantung kepada kecergasan masing-masing...
View berkabus pagi ini....tak nampak bandar Kluang....
Rehat selama 15 minit sambil mengambil gambar dan seterusnya turun dari puncak...
Masa turun terserempak dengan ulat gonggok nie.....
Berlari turun lebih kurang 30 minit sehingga ke kaki gunung....ramai orang di sini....meriah dengan pelbagai aktiviti...
Parking kereta pun penuh....terpaksa parking jauh sikit....
Punya lah teruk berlari sampai ke puncak dan turun semula....kalori hanya 197 jea...fuuuhhhh...
Next time boleh panjat lagi.....
Jarak pendakian tak jauh tapi curam....sesuai untuk berlatih di sini...
No comments:
Post a Comment