Tuesday, 11 June 2019

Syawal Solo Ride @KKB Dam - 10 June 2019

Kayuhan membakar lemak hari raya setelah lebih kurang sebulan tidak berkayuh. Hanya sekali sahaja berkayuh di waktu malam semasa bulan Ramadhan baru nie itu pun berkayuh ke Genting Sempah. Persiapan untuk Perak Century Ride (PCR) perlu bermula sekarang. Hanya tinggal 2 minggu sahaja untuk mempersiapkan diri. Setelah hampir 2 tahun tidak berkayuh di event century ride. Rasa gementar pun ada. Last berkayuh century ride pada awal tahun 2017 semasa Pulau Indah 180 Ride For Glory. Selepas itu hanya kayuh biasa-biasa jea dan fokus pada larian sahaja. Tahun ini kembali semula di atas saddle setelah lama menyepi dan diharapkan masih mampu untuk berkayuh seperti dulu.

Solo jea pagi nie....cuaca pun pun agak panas dan terik pada sebelah pagi....

Masih dengan jentera lama.....guna apa yang ada.....selagi boleh kayuh kita kayuh...

Terlepas untuk mengambil gambar semasa keretapi lalu....baru jea sampai, keretapi pun lalu...tak sempat nak keluarkan handphone....nak tunggu next trip selalunya lama lagi...

Fuuuhh....matahari dah mula menyinarkan diri....macam azab jea kayuhan hari nie....

Jalan ke KKB sibuk dengan kenderaan...maklumlah cuti hari raya dah habis dan ramai yang sudah mula bekerja hari nie....kena lebih berhati-hati disebabkan jalan sibuk dengan kenderaan....

Akhirnya sampai di Empangan KKB...langsung tak nampak rider yang berkayuh hari nie...maklumlah hari ni hari bekerja....laluan dari pekan KKB menuju ke empangan agak sunyi....tak banyak kenderaan yang lalu-lalang... lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling semasa berkayuh di tempat sunyi...dengar cerita ada rider yang kena rompak semasa berkayuh semalam...

Tidak menunggu lama....hanya berehat selama 10 minit sahaja....disebabkan tiada orang disini...lagi pun Information Center Splash KKB Dam pun tutup pada hari Isnin.... lenggang tiada orang....kawasan empangan pun tidak dibenarkan masuk...


Jom balik....

Sunyi....tiada kenderaan...

Hanya berkayuh sampai di sini sahaja....terus berpatah balik ke Bukit Beruntung.....

Singgah di Petronas KKB....refill air dulu sambil beli roti untuk sarapan pagi...

Meneruskan semula kayuhan... lepas nie layan roller coaster dekat jalan Bukit Beruntung-Rasa pulak.... cuaca dah semakin panas...

Lepak depan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Bukit Sentosa dulu....ambil nafas dulu sebelum kayuhan balik ke rumah...

Alhamdullilah...jadilah dapat mileage 68km pada pagi nie....harap-harap sebelum PCR nanti...stamina dah ok untuk menghabiskan sejauh 160km....

Hujung minggu nie....sambung training lagi.... biar Finish Strong time PCR nanti....jangan naik lori sudahlah....

No comments:

Post a Comment