Monday 2 September 2019

Hiking Bukit Kutu V7.0 #tadodiam - 1 September 2019

Hiking buat kali yang ke-7 di Bukit Kutu, Pertak, Kuala Kubu Baharu. Mendaki bersama Josh seawal jam 8 pagi manakala rakan yang lain telah awal pagi mula mendaki untuk melihat matahari terbit. Ramai pendaki pada kali ini tidak seperti bulan lepas dan parking kenderaan pun penuh sesak. Dua kawasan tapak perkhemahan juga penuh dengan geng-geng 4x4 yang berkhemah di sini. Disebabkan ramai pendaki di atas puncak, terpaksa lepak di kawasan bawah di area cerobong sahaja serta tidak menunggu lama untuk berehat di sini. Hanya berehat selama 30 minit sebelum bergerak turun dan sampai di kawasan parking pada pukul 12.50 tengahari.


Kali ke-7 mendaki di Bukit Kutu....tapi memang tak jemu-jemu....trek memang lazat dan menguji stamina...

Bersama Josh lagi pada kali ini....

Jambatan besi gantung

Tapak perkhemahan tepi sungai penuh....geng-geng powil buat gathering...

Jambatan besi usang...walaupun dah sengget namun masih berjasa kepada pendaki...

Menyeberangi sungai ke-3....malas nak bukak kasut...meredah jea...sejuk..

Paras air sungai masih cetek....tidak seperti kalau musim tengkujuh...

Josh buka kasut...tak nak kasut basah katanya...

Bulan lepas pondok ini merupakan port untuk menggumpul buah durian oleh orang asli...namun musim durian dah habis...durian pun dah tak ada...

Sampai port "I Love Kutu" setelah 45 minit mendaki...

Relax dulu ambil nafas....dah menggah nie...

Lepas nie climbing pacak....nak putus nyawa dibuatnya...

Fuuuhhh...tingginya...

Sampai di Batu Tedung....tak lepak lama...lagi 45 minit nak sampai puncak...

Penunggu setia Bukit Kutu...sentiasa memantau pergerakan pendaki...jinak dan tak kacau orang....

Geng #tadodiam....

Bergambar dulu sebelum turun....Baguk & Joe naik pukul 6 pagi..

Tepat pukul 11 pagi...terus turun...nak kejar masa ada hal yang perlu diuruskan...

Time turun...lepak dulu ambil nafas....semput rasanya...

Di laluan teduh rasa sejuk dan dingin....tapi kat bawah bukit rasa panas...

Berendam dulu....rasa panas pulak...

Penghuni hutan....lipan bara...kalau kena senggat memang bahaya...

Timing lebih kurang macam sebelum nie....4jam 30 minit.... lepas nie nak cuba 4 jam pulak...

Distance lebih kurang 11km....jika sebelum nie lebih kurang 12km....short 1km pulak....mungkin signal GPS tak berapa clear hari nie....

No comments:

Post a Comment