Sunday 22 September 2019

RCT Fellowship Ride 2019 - 22 September 2019

Hajat di hati ingin berkayuh...tetapi apakan daya, tangan kanan masih belum betul-betul sihat lagi akibat jatuh semasa turun Fraser Hill dua minggu lepas. Repsol Fellowship Ride dekat Paroi minggu lepas pun tak dapat join. Hari ini jadi marshal dan jurugambar jea. Tak dapat kayuh...kita pulas throttle jea hari nie. Lagi pun anak lelaki sorang ini sibuk sangat nak ajak naik Fraser Hill pakai motor jea. Terasa nak jalan jauh naik motor katanya.

Bergerak seawal jam 7 pagi menuju ke Kuala Kubu Bahru. Flag off pada pukul 7.30 padi di pekan KKB bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor. Seramai lebih kurang 300 orang pengayuh menyertai acara pada pagi ini yang dianjurkan secara percuma. Walaupun percuma, 3 water station disediakan untuk peserta iaitu di Sungai Chiling, Air Terjun Semangkok dan GAP Fraser. Kayuhan tamat di puncak menara jam Fraser Hill. Bergambar beramai-ramai di puncak sebelum masing-masing turun ke KKB.


First time sampai ke puncak Fraser Hill dengan menaiki motosikal....

Bergambar dulu....

Bergaya sangat....tapi komplain sakit pinggang sebab naik motor...

First time merempit naik Ysuku....dah lama tak naik motor...

Jalan-jalan sekitar Fraser Hill....sampai di pintu trail head Pine Tree....dah lama tak hiking dekat sini...lepas nie plan nak naik Gunung Semangkok pulak...

Pertama kali sampai di sini....kawasan masuk ke Air Terjun Jeriau....laluan masuk sejauh 5km untuk sampai di sini....laluan sunyi dan sempit....seram jugak dekat kawasan ini....

Lepas ronda-ronda....makan tengahari sambil pekena cendol dan rojak....

Bergambar di atas puncak....ini antara rider yang awal sampai....pukul 10pagi dah sampai...kayuh 2 jam setengah dari KKB memang padu...


Geng dari Melaka.....semuanya padu-padu belaka....

Lepas makan....semua bergerak turun...tak tunggu lama...

Antara gambar yang sempat diambil semasa naik ke puncak....ini pun suruh anak yang ambil semasa di atas motor...

Di atas jambatan Pertak .....sebelum simpang masuk ke Perkampungan Orang Asli Pertak....

Selekoh tajam....di sini lah tempat tergolek 2 minggu lepas....terbabas semasa turun dalam keadaan jalan yang basah....sakit tapak tangan masih terasa sehingga kini...

Kayuh bersahaja jea...muka tak letih pun.....macam rata jea bukit Fraser nie....

Gambar yang lain boleh refer dekat FB RCT Fellowship Ride....

No comments:

Post a Comment