Disebalik alasan yang diberikan, ada usaha tangan-tangan manusia yang tamak serta rakus yang ingin menjarah tanah yang ada disini. Dengan alasan pembangunan, taman ini hendak dikorbankan demi kerakusan manusia atas nilai tanah yang ada disini. Namun, taman ini masih kekal di sini tetapi sukar untuk menentukan sampai bilakah ia akan kekal di sini.
Berdua dengan wife....meluangkan masa bersama....memang sudah lama merancang untuk ke sini....akhirnya tercapai jua hajat....
Bayaran sebanyak RM3 dikenakan untuk dewasa....
Di kawasan tasik yang dipenunhi dengan bunga kiambang ini terdapat kawasan bendang sawah padi....semasa dulu kawasan ini sememangnya cantik apabila musim menuai...
Terdapat perkhidmatan motor electrik serta basikal untuk disewa...penggunjung juga boleh membawa basikal mereka sendiri dan bersiar-siar di sekeliling taman....kawasan yang berbukit disekitar taman ini...kadang-kadang menguji kemampuan kepada mereka yang berjalan atau berlari....tidak kurang hebatnya jika berbasikal di sini....
Suasana yang mendamaikan serta menenangkan...kedengaran bunyi unggas hutan walaupun sebenarnya berada di kawasan bandar...terasa seperti di kawasan luar bandar walaupun disekelilingnya merupakan hutan batu....
Laluan berbukit disini....menguji ketahanan fizikal kepada mereka yang berlari mahu pun yang berbasikal....
Wife hanya mampu untuk berbasikal... walaupun begitu...kepenatan tetap terasa...
Lepak dulu....ramai penggunjung pada pagi nie...ramai yang berbasikal dan ada juga yang berjoging...
Empangan Sungai Baharu....lenggang dan sunyi kawasan nie....tak ramai yang sampai ke sini disebabkan agak jauh ke dalam serta laluan agak sunyi...
Seram jugak kat kawasan nie....pondok terapung yang telah ditinggalkan....tiada berpenghuni...
Tembok empangan....tak tunggu lama sangat di sini...lepas ambil gambar terus bergerak keluar....sebab hanya ada sepasang couple jea time nie...
Laluan sunyi...hanya kedengaran bunyi unggas hutan sahaja....bila time berpatah balik...baru terserempak dengan penggunjung yang lain...yang ingin menuju ke empangan....
Berpatah balik.....jarak lebih kurang 2.8km dari center....letih jugak berlari di sini....jika tadi jalan menurun...tapi kali ini mendaki pulak....
Walaupun jarak hanya 8km....tetapi letihnya tetap terasa....next time nak plan lagi berlari di sini...
Hajat di hati nak buat loop... tapi laluan ke Empangan Air Kuning ditutup....terpaksa menggunakan laluan yang sama untuk balik...
No comments:
Post a Comment