Sunday 15 March 2020

Genting Sempah Weekend Ride - 15 March 2020

Sudah sekian lama tidak mendaki ke Genting Sempah, hari ini bersama Hanazli berkayuh sehingga ke puncak. Dapat berjumpa dengan ramai rakan kayuhan serta rakan FB hari ini. Cuaca cerah dan berangin ketika sampai di puncak. Jarang dapat menikmati tiupan angin yang kencang semasa di puncak. Selalunya keadaan ini hanya berlaku semasa awal tahun. Semasa berkayuh, terserempak dengan rakan-rakan sekolah lama dari Gombak.

Kayuhan bermula lewat sekitar jam 8.30 pagi dengan bermula di kedai makan Batu 7 Jalan Gombak


Sampai di puncak Genting Sempah lebih kurang 11 pagi....angin bertiup dengan cukup kencang ketika ini....

Berhenti seketika....berehat sebentar...letih, dah lama tak berkayuh....

Jumpa rakan sekolah lama...Idham...boleh dikatakan setiap minggu berkayuh di sini....dah jadi rutin kayuhan setiap minggu....

Lepak lagi....berkenalan dengan rakan kayuhan yang lain....sebelum meneruskan kayuhan ke puncak semula...lebih kurang ada 8km lagi nak sampai puncak....

Ada halangan....kerja-kerja pembinaan tebing di kawasan cerun bagi mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh....

Penebangan pokok di kawasan cerun bagi pembinaan tembok...bagi memastikan keselamatan, menunggu sehingga kerja-kerja menebang pokok selesai....bertungkus-lumus pekerja-pekerja Bangla ini mengalihkan pokok yang tumbang....

Sampai di puncak Genting Sempah....layan angin yang bertiup kencang..... kering peluh dekat baju...

Layan minum air kurma sejuk sambil makan buah....alas perut dulu sebelum turun....

Cuaca dah panas.....kena balik awal....ada ramai jugak pengayuh yang meneruskan kayuhan sehingga ke Janda Baik....

Posing bergambar dulu....


Semasa turun...layan bergambar di tebing menghadap Highway Karak....bergambar dulu...

Banyak kenderaan di Highway Karak...maklumlah cuti persekolahan...ramai yang bercuti dan balik kampung....walaupun wabak Convid-19 semakin mengancam negara... 

Highway Karak.....

Jarak kayuhan hanya 40km jea.....walaupun pendek tapi letih mendaki....

Next time....nak berkayuh nite ride punlak time bulan Ramadhan nanti....In Sya Allah....dah lama tak berkayuh malam di sini...last kayuh malam pun 2 tahun lepas...

No comments:

Post a Comment