Monday 25 May 2020

Syawal Offroad Ride @SCT Loop - 26 May 2020

Setelah dua bulan tidak berkayuh disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh negara. Hari ini melepaskan gian dengan berkayuh offroad bersama dengan geng SCT. Seramai 19 orang pengayuh menyertai kayuhan hari ini yang bermula dari 99Speedmart Telipot. Kayuhan bermula seawal jam 8 pagi dengan laluan offroad ladang kelapa sawit serta getah.

Dipertengahan kayuhan, hujan turun dengan lebatnya. Syok sungguh berkayuh dalam hujan. Dah lama tak merasai kayuhan di dalam hujan. Lalaun trek menjadi licin dan lecah. 


Penjarakan sosial perlu dijaga....jarak 1m diantara satu sama lain...awal-awal jea...bila dah masuk offroad habis ke laut....

Offroad ladang kelapa sawit.....dulu selalu berkayuh di laluan ini...namun dah semakin sepi laluan ini disebabkan terdapat beberapa kawasan telah diteroka....habis semua bukit kena tarah...

Iskandar.....dah lama tak berkayuh bersama....

Geng PRCC.....4 orang jea kali ini....makin lama makin sikit jumlahnya....

Rehat dulu.....dah lama tak berkayuh...ramai yang dah mengah cari nafas....

Halangan yang terpaksa ditempuh semasa menuju ke ladang sayur....titi kayuh yang licin...terpaksa masuk dalam parit...

Bantu-menbantu menyeberangi parit...dulu ada titi kayu dekat sini...senang sikit nak lintas...tapi sekarang nie tinggal sebatang jea....bahaya...licin..

Ladang sayur Serendah..... cuaca mendung pagi nie...ada tanda-tanda hari macam nak hujan...sejuk dan dingin...

Dah lama ladang sayur ini wujud....semakin lama semakin besar....

Layan.....memang syok cuaca pagi nie....

Climbing di celah-celah pokok sayur....awas jangan sampai terlanggar pokok....
 
Syok...syok.....suasana berkabus....

Cross sungai pulak....air paras buku lali jea....

Ada jugak yang buka kasut sebab tak nak basah....air nampak keroh serta kotor...

Re-group dulu sebelum masuk semula ke laluan offroad....

Offroad semula....ladang sawit berhampiran dengan kawasan belakang Perodua...

Baru lepas hujan time nie....basah lencun jugak...lebat hujan kali ini...dah lama tak mandi hujan semasa berkayuh...memang terbaik kayuhan kali ini...

Hanya 20km jea...cukup sebagai permulaan.....dah lama tak kayuh...tak nak push sangat...

Next time kayuh lagi....dah lama tak update blog ini semenjak tiada aktiviti semasa Covid-19 nie....diharapkan dugaan yang mendatang kali ini dapat ditempuhi dan diharapkan kita akan hidup seperti sedia-kala semula...amiinn...

No comments:

Post a Comment