Setelah lama merancang untuk berkayuh ke Genting Sempah, akhirnya hajat tercapai jua. Apabila rentas negeri di buka maka berpeluang untuk berkayuh di sini pun dapat direalisasikan. Meriah sungguh di puncak Genting Sempah seakan pesta dengan jumlah cyclist yang ramai semenjak akhir-akhir ini. Nampak ketara jumlah pengayuh basikal semenjak MCO lagi. Pelbagai jenis basikal yang ada, tetapi yang paling banyak pada pagi ini adalah basikal lipat @folding.
Kayuhan yang dirancang adalah sehingga puncak Genting Sempah sahaja, namun terlajak sehingga ke Janda Baik. Kawasan Janda Baik pun meriah dengan penggunjung terutama penunggang motosikal berkuasa tinggi serta Kap Cai. Masing-masing dengan kumpulan motor sendiri. Penuh kedai-kedai makan di seluruh Janda Baik. Nak cari tempat makan pun susah. Tempat mandi jangan harap lah, sesak dengan orang ramai yang berkelah sambil membawa keluarga.
Sudah lama tidak berkayuh ke Janda Baik....climbing di Janda Baik menuju ke Kampung Sum-Sum sememangnya azab....terasa macam nak cramp pulak...
Semasa sampai di puncak Genting Sempah....ramai cyclist sudah sampai dan ada juga yang sudah mula turun...lepak sampai minum serta makan buah memang awesome....
Mula-mula niat hanya nak sampai di Genting Sempah sahaja....tetapi selepas "diracun"....terus ke Janda Baik pulak....
Lepak dulu sebelum meneruskan semula kayuhan...suasana semakin meriah dengan kehadiran kumpulan basikal folding....
Terserempak dengan geng sekolah lama....yang sememangnya kerap berkayuh di sini....Genting Sempah sudah menjadi trek mingguan...
Tiada gambar semasa berada di Janda Baik....hanya gambar di signboard sahaja....semasa berhenti lepak untuk minum dan makan...terlupa pulak nak ambil gambar....letih sangat laa tuu...
Di kawasan rehat Genting Sempah...banyak kenderaan pada hari ini....penuh di atas jalan raya....jalan menuju ke Janda Baik pun sesak....
Selepas ini nak climbing yang penghabisan...ini memang azab....climbing dia memang pacak....
Cukup lahh dapat mileage minggu nie....next time repeat lagi...
Puncak Fraser masih lagi belum di tawan untuk tahun ini....lesen pun tak renew lagi....next ride ke Fraser Hill pulak....
No comments:
Post a Comment