Tuesday 30 November 2021

Train To Dabong : Day 2 - Stong Hill Resort

Hari kedua kami di sini, hujan turun pada sebelah pagi sehinggalah ke tengahari ini. Ini menyebabkan aktiviti pada hari ini terganggu disebabkan hujan lebat yang turun. Hanya selepas Zohor kami bersiap-siap untuk pergi ke Stong Hill Resort. Rupanya tak sampai pun 5 minit, kami telah sampai ke Stong Hill Resort. Resort ini terletak disebalik bukit di belakang homestay. Punca air di homestay ini pun datang daripada sungai Gunung Stong. 

Gunung Stong terletak di daerah Dabong dalam Jajahan Kuala Krai. Walaupun di jajahan Kuala Krai tetapi ia lebih hampir dengan bandar Gua Musang. Gunung ini setinggi 1,422 meter (4,664 kaki). Ia terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Stong berhampiran dengan Air Terjun Jelawang. Gunung ini menjadi lokasi popular kepada pendaki gunung kerana sangat mencabar.

Gunung Stong berada di jajaran Banjaran Titiwangsa. Gunung Stong mempunyai hutan Dipterokrap Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Gunung Stong setinggi 1,422 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal Malaysia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung Stong terletak di satu lembah yang dikelilingi oleh empat gunung, iaitu Gunung Basor, Gunung Anak Noring, Gunung Chamat dan Gunung Stong.

Tak jauh pun Stong Hill Resort nie dari homestay...kepada yang ingin mendaki Gunung Stong boleh stay jea dekat homestay nie sebab dekat sangat berbanding homestay yang lain...

Stong Hill Resort merupakan salah satu laluan masuk untuk ke Gunung Stong....boleh register di sini...pendakian Gunung Stong perlu memohon permit dan guide bagi mengelakkan ditahan atas dakwaan menceroboh hutan simpan...permohonan permit perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sebelum pendakian... 

Kawasan hadapan resort....

Bayaran RM5 dikenakan untuk setiap pengunjung yang ingin masuk di sini...



Harga sewaan chalet di sini....boleh pilih ikut kemampuan...

Mendakian di laluan konkrit untuk melihat air terjun di resort ini...


Senarai aktiviti outdoor dengan harganya sekali...

Sudah lama resort ini dibuka semenjak tahun 1994 lagi....sudah 27 tahun usia resort ini...

Jambatan gantung yang terdapat di resort ini....tetapi di tutup untuk orang ramai...tidak pasti atas aspek keselamatan atau selainnya....

Jambatan pun agak usang....nampak agak kurang selamat untuk digunakan...

Pondok di resort ini agak usang dan tidak berjaga....nampak seperti kurang penyelenggaraan dan kurang diduduki....tak pasti disebabkan oleh PKP sebelum ini atau memang sudah kurang berpenghuni...

Bergambar di kawasan air terjun dulu sebelum balik....lepak hanya 30 minit sahaja untuk mengambil gambar...

Sunyi sepi.... kawasan hutan simpan di negeri Kelantan akan mula ditutup untuk pendakian bermula 1 December 2021 sehingga akhir Januari 2022 bagi menghadapi musim tengkujuh yang akan datang...tiada permit pendakian yang akan dikeluarkan dalam tempoh ini...banyak negeri telah mula menutup hutan masing-masing bagi menghadapi musim hujan yang akan tiba...

Air deras dan dalam....tiada orang pun yang kelihatan mandi di sini...

Kawasan parking....boleh parking kenderaan di sini...dan berjalan kaki untuk masuk ke resort...

Sebelum balik...bergambar dulu...kawasan dataran Gunung Stong yang masih lagi dalam pembinaan...kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan...


Dari sini boleh lihat Air Terjun Jelawang...simpan angan-angan dulu untuk ke sana...In Sya Allah...suatu hari nanti akan berhiking di sini...

Suasana berkabus selepas hujan....

Woow....awesome sungguh....

No comments:

Post a Comment