Monday, 1 February 2010

KLMBH HASH Semenyih, Selangor – 31 January 2010

Pembuka tirai KLMBH HASH pada tahun ini bermula di Semenyih,Selangor. Seawal jam 6.40 pagi,kami yang hanya terdiri dari 3 orang sahaja wakil PRCC (Aku (Babat),Fairuz & Izzudden (Wak)) telah menuju ke Semenyih untuk menyahut cabaran ini. Jarak perjalanan sejauh 90km dan kami sampai di check point pada pukul 8.32 pagi.


Beratur Panjang Untuk Registration KLMBH

Bersiap Sedia Untuk Kayuhan

Wak Bersama Umar ARB

Sebelum menyiapkan diri, kami sempat bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut yang lapar. Setelah jentera disiapkan & segala kelengkapan seperti GPS telah bersedia, kami pun menuju ke tempat registration. Borang “New Application KLMBH Member” telah kami serahkan untuk menjadi ahli KLMBH. Semasa bersiap untuk kayuhan kami telah terserempak dengan Umar ARB yang secara kebetulan solo pada hari itu. Seterusnya kami berpakat untuk melakukan kayuhan bersama.


Pat Brunsdon Memberi Briefing Sebelum HASH

Briefing Hash kali ini telah dimulakan oleh Pat Brunsdon selaku pengelola hash kali ini. Penerangan tentang jarak laluan, keadaan trek serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian telah diulas supaya peserta tidak melakuan kesilapan semasa kayuhan. Jarak laluan sejauh 30km untuk “Long” serta berbukit bukau yang akan ditempuhi memanglah satu cabaran yang hebat.
Kayuhan kami bermula pada pukul 9.50 pagi, melalui trek ladang getah dan seterusnya kawasan ladang sawit yang terbuka dan panas. Pendakian bukit bermula, kayuhan mula perlahan dan ada juga yang telah memulakan tolakan akibat bukit yang curam. Terdapat lebih 3 puncak bukit yang perlu ditawan. Diatas puncak, pemandangan sekitar Semenyih dapat dilihat.


Pemandangan Dari Puncak Bukit Sawit


Pendakian Satu Penyeksaan

Selepas melalui kawasan mendaki kami dihidangkan dengan downhill yang mengujakan. Laluan downhill yang dilitupi oleh pelepah-pelepah sawit memang mencabar serta lorong laluan air sungguh mengujakan. Satu kemalangan telah berlaku disini oleh seorang pengayuh wanita. Kecederaan pada lutut tanpa sebarang kecederaan serius.
Setelah keluar dari kawasan berbukit, melintasi jalan tarmac dan seterusnya melalui sedikit kawasan perumahan dan seterusnya menyeberangi sungai. Ketika ini ramai juga peserta membuka kasut dan ada juga yang tidak mempedulikannya. Aku mengambil keputusan untuk meredah laluan sungai tanpa memikirkan kasut yang basah.


Cross Sungai....Pikul Basikal

Seterusnya, laluan landai dan berpasir menuju ke kawasan ladang getah.

Puncak Ladang Getah Sebelum Downhill

Umar ARB.... Puncak Bukit Botak...Panas Terik

Wak Menolak Basikal

Peserta KLMBH....Tolak Basikal

Laluan single trek, berbukit serta pendakian yang memenatkan sungguh mencabar fizikal & mental. 10kilometer yang terakhir kami banyak disajikan dengan laluan single trek ladang getah & hutan yang cukup menyeronokan.


 Fairuz & Umar ....mandi kat Sungai Tekala

Pemilihan single trek memang cukup sempurna oleh pihak penganjur. Kami memberikan 4 bintang untuk single trek yang disediakan. Cukup memuaskan hati.

Berjaya Menamatkan Kayuhan....Puas !!!
Kayuhan kami tamat lebih kurang pukul 2 petang. Walaupun letih, tetapi kami cukup puas. Kami merancang untuk kembali semula ke trek ini pada masa akan datang.

 Laluan HASH Semenyih..."Long" sejauh 30 Kilometer


Tahniah kepada KLMBH !!!

No comments:

Post a Comment