Monday, 8 February 2010

Recce Trek Hash Sungai Buaya-7 February 2010

Seperti yang telah dirancangkan, pada hujung minggu lalu kami bersama members dari KLMBH akan membersihkan laluan trek Hash di Sungai Buaya. Kami yang terdiri daripada Nuar,Bard,Babat,Azam & Peroz telah bergabung tenaga dengan 7 members dari KLMBH yang terdiri dari Ying How,Riza & rakan-rakan. Kami sampai di Masjid Felda Sungai Buaya pada pukul 9.30 pagi. Setiba di sana, member KLMBH sedang bersiap sedia dengan segala kelengkapan. Kami membawa 2 buah "chainsaw" yang telah dipinjam serta cangkul & parang. Kami telah berpecah kepada 2 kumpulan dan akan bertemu di kawasan pokok akasia. Perjalanan memasuki jalan off road dengan kenderaan telah terhenti diseparuh jalan akibat keadaan jalan yang teruk. Tetapi kenderaan pacuan 4x4 Riza berjaya mengarungi jalan tersebut. Kami telah menurunkan basikal untuk menuju ke destinasi kerana keadaan jalan yang berlumpur & berlubang. Kayuhan sejauh 1kilometer dan seterusnya kami pun sampai di kawasan tersebut.

Dua buah chainsaw telah dihidupkan, serta kerja-kerja pembersihan pun dijalankan dengan rakusnya. Kami seperti pembalak haram yang dahagakan kayu-kayu hutan yang berharga. Tetapi itu bukan niat kami yang sebenarnya, kami hanya memotong dahan-dahan pokok yang tumbang menghalang laluan. Keadaan laluan yang dipenuhi pokok-pokok tumbang menyukarkan kerja-kerja pembersihan. Banyak jugak pokok-pokok getah serta hutan yang tumbang.

Azam & Riza membawa "ChainSaw" 


Top-up minyak dulu.....

Laluan trek sebelum dibersihkan

Banyak pokok tumbang menghalang laluan

Operasi pembersihan dijalankan dengan 2 jentera...

Azam bersama "chainsaw"..... macam pembalak haram...

Nuar meneruskan kerja-kerja pembersihan

Laluan yang perlu dibersihkan

Kerja hampir selesai...............


Laluan trek dah clear......

Line Clear..................

Line Clear..................

Letih...........berehat


Setelah lebih sejam bertungkus lumus akhirnya laluan dapat kami bersihkan.
Setelah berehat dengan minuman 100 plus sejuk yang dibawa oleh Riza, kami pun meneruskan untuk membersihkan laluan single trek semak selepas kebun getah.

 Minum dulu.............

Kami telah bergabung dengan kumpulan yang diketuai oleh Ying How dan rakan-rakan untuk membersihkan laluan tersebut.


Laluan kebun getah....

Single trek...........

 
Semak-samun serta pokok-pokok renek telah kamai bersihkan. Setelah kerja hampir selesai dengan tidak semena-mena, kami telah di serang hendap oleh sekumpulan lebah yang tidak tahu dari mana datangnya. Aku, Nuar dan 2 rakan KLMBH  telah ditembak dengan 2 das sengatan pada badan. Sengatan pada dada dan pinggang, menyebabkan aku menahan kesakitan. Ying How telah mengarahkan kami supaya berhenti serta-merta dan bergerak pulang ke parking kereta. Aku dan rakan-rakan PRCC telah bergerak menginggalkan tempat tersebut.

Kayuhan lebih kurang 10 minit, akhirnya kami pun sampai ke parking kereta. Seterusnya kami bergerak menuju ke Masjid Felda Sungai Buaya dan jam menunjukkan pukul 1.25 tengahari. Aku telah menelan "pain killer" untuk meredakan kesakitan. Setelah bergerak pulang, aku seterusnya mendapatkan rawatan di klinik. Doktor telah membuang sengatan pada bahagian pinggang dan memberikan ubat tahan sakit, cream sapu serta antibiotic. Tetapi sehingga kini, kesakitan masih terasa dan kesan bengkak pada pinggang dan dada agak besar dan terasa sangat gatal. Mungkin selepas ini, ubatan untuk gigitan serangga perlu di bawa di dalam bag bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sengatan lebah tidak akan melunturkan semangat kami untuk meneruskan hash pada bulan nie. Kepada mereka yang ingin menyertai hash kali ini, amat dialu-alukan pada 28 haribulan ini. Semoga trek yang dihidangkan akan memberikan kepuasan & keterujaan kepada semua.
  

No comments:

Post a Comment