Tuesday, 16 February 2010

Trek Hash Sungai Buaya (Survey)-16 Feb 2010

Minggu ini kami sekali lagi memasuki trek Hash Sungai Buaya untuk meninjau laluan hash pada hujung bulan ini. Cuaca panas tanpa hujan sepanjang minggu lalu telah menyebabkan trek kering & tidak berlumpur. Walaupun sesuai untuk laluan tetapi tidak tertahan rasanya pada waktu tengahari. Cuaca yang agak kering & berbahang pasti akan menyurarkan kayuhan pada hujung bulan ini jika cuaca masih tidak berubah.
Kayuhan kali ini disertaikan oleh Nuar,Bard,Babat,Lim,Josh,Azam,Ain & Nazmi. Kami berkumpul pada pukul 7.30 pagi di Guard Post Prima Beruntung dan bergerak pada pukul 8.10 pagi. Laluan pertama kami, di tangki air Prima Beruntung dan seterusnya memasuki laluan Bukit 3 Tingkat dan seterusnya Bukit Fed-up.

Puncak Bukit Fed-up

Laluan berbukit pada permulaan kayuhan dan seterusnya sedikit downhill menuju ke single trek PRCC. Laluan single trek taktikal ini sunggu mengujakan dengan drop yang agak mencabar. Bagi mereka yang tidak confident, menolak beskal mungkin pilihan yang tepat. Semua ahli berdesup turun menuruhi drop, disebabkan telah banyak kali melalui laluan ini. Keadaan tanah yang kering memudahkan kami menuruni cerun ini. Di penghujung drop, sebatang anak sungai menanti untuk drop yang terakhir.
Seterusnya menyusuri laluan sempit di kawasan Loji Pembersihan Air Sungai Buaya. Kayuhan selepas ini lebih terbuka.
Loji Pembersihan Air Sungai Buaya

Kawasan Hadapan Loji

Aksi Wheelly daripada Nuar (jangan tiru aksi ini....)


Laluan mendaki ke Bukit Akasia yang agak mencabar, kecuraman yang agak tinggi menguji segala kekuatan mental dan fizikal. Bak kat pepatah, kalau ade "uphill" tentu ada "downhill". Downhill memang best.... boleh layan. Kelajuan boleh mencecah 43km/sejam, kalau berani lah... kalau tak biasa, turun slow-slow pun tak mengapa. Asalkan sampai.

Laluan mendaki di Bukit Akasia....Lim menolak basikal setelah penat berkayuh

Di puncak Bukit Akasia

Pokok Akasia....
Seterusnya laluan single trek hutan serta kebun getah. Memang mengujakan.....

Trek Hutan... yang bakal ditempuhi oleh peserta hash Sg.Buaya

Dilaluan trek ini, basikal Josh mengalami kerosakan. Screw RD X0 telah patah. Mungkin disebabkan kayuhan yang mantap sangat. Semua bukit dia pulon....RD pun tak boleh tahan... Nasib baik tokey basikal ade... boleh repair.....tapi charge double lah.....


Laluan seterusnya, kami menuju semula ke Prima Beruntung melalui single trek berkanopi. Laluan ini masih belum diexplore sepenuhnya. Walaupun dengan adanya bantuan GPS tetapi disebabkan masa menunjukkan pukul 1.30 tengahari, kami pun mengambil keputusan untuk tidak meneruskan carian trek tersebut. Setelah sampai di puncak bukit yang masih tidak diberikan nama lagi, kami pun berpatah balik menuju Prima Beruntung.

Puncak bukit "tiada nama lagi"

Berteduh di bawah pokok... cuaca sungguh panas & terik...


Kami telah sampai semula di Guard Post Prima Beruntung pada pukul 1.55 tengahari.
Tunggu laporan kami pada hujung minggu ini di Sri Iskandar Mtb Exploration Jamboree....... & tunggu untuk peserta HASH Sungai Buaya pada hujung bulan ini...

No comments:

Post a Comment