Sunday 22 May 2016

Kayuhan Amal Hospital Sungai Buloh 2016 - 21 May 2016

Kayuhan Amal Hospital Sungai Buloh adalah bagi mendapatkan dana untuk membeli kerusi roda dan stretcher bagi kegunaan Hospital Sungai Buloh. Acara ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Dan Kakitangan Hospital Sungai Buloh dengan kerjasama dari Kuala Selangor Cycling Club (KSCC), Sungai Buloh Old Town (SBOT) dan ICC. Rakan-rakan dari Prima Rider hanya terlibat dalam membantu dari segi marshall di laluan trek dan bantuan teknikal sahaja.

Oleh itu, kesempatan di ambil untuk menjadi jurugambar sahaja bagi merakam detik-detik peserta di sepanjang acara ini berlangsung. Tidak dapat menunggu sehingga acara ini selesai kerana terpaksa bergegas ke Kerian bagi acara Kerian International Duathlon pada keesokkan harinya.

Gambar-gambar peserta boleh dilihat di Facebook Kayuhan Amal Hospital Sungai Buloh

Marshall bergambar dulu sebelum bergerak masuk ke dalam trail.....

Berkumpul di gerai makan berhadapan dengan masjid....


Marshall bergerak masuk ke dalam trail...layan climbing dulu...


Sempat bergambar lagi di puncak bukit.....

Bergambar dengan adik-adik marshall di water station....



Stand-by di dalam trail....

Shot di kawasan downhill switchback S...antara kawasan yang memerlukan skill dan keberanian...

Laluan ini memang layan...namun disebabkan hujan yang lebat dihari sebelumnya, trail ini memjadi licin serta sukar bagi peserta melepasinya....

Peserta pertama yang sampai....Don Mutaro...hebat brother nie..melipat "S" di laluan ini dengan selambanya....

Peserta cilik kedua yang sampai....beza masa antara peserta pertama lebih kurang 12-15 minit..

Aksi rider di dalam trail...Hamdi senyum jea layan switchback....


Brother otai....drop selamba jea...memang hebat...

Terlebih aksi....Azrul tersembam di laluan switchback....semua ok...memang legend...

Fuuuh....boleh senyum lagi.... 


Fat bike di dalam trail....

Selesai....semua peserta telah melepasi laluan trail....

Bergambar dulu sebelum bergerak keluar dari trail....banyak nyamuk..habis semua badan kena gigit...berbintat-bintat...

No comments:

Post a Comment