Sunday, 1 May 2016

RHB Shimano Lekas Highway Challenge 2016 - 30 April 2016

RHB Shimano Lekas Highway Challenge 2016 merupakan penganjuran buat kali ke-3 oleh pihak pengurusan Lekas Highway dan merupakan penyertaan kali kedua pada tahun ini. Walaupun tahun lepas acara ini tidak dapat diteruskan, namun tahun ini dianjurkan semula dengan sedikit kelainan. Jika 2 acara sebelum ini di sebelah pagi, namun kali ini di waktu malam pula. Memang teruja apabila berkayuh di highway pada waktu malam dengan suasana yang gelap serta dingin. Seramai 3000 orang pengayuh berkayuh meredahi kegelapan malam dengan disinari oleh lampu jalan yang terdapat disepanjang laluan di highway.

Seperti biasa, pendakian KOM adalah di laluan menuju ke Tol Setul dengan pendakian yang panjang serta meletihkan. Tahun ini juga, buat pertama kali, anak lelaki Danish Aiman memasuki acara untuk kanak-kanak sejauh 3km sahaja. Ditemani oleh wife yang berkayuh bersama-sama bagi memastikan keselamatan, maklumlah baru pertama kali memasuki event basikal dan teruja sangat.

Shimano Lekas Highway Challenge 2014


Penyertaan kali kedua di Lekas Highway....

Penyertaan kali pertama oleh Danish Aiman dalam dunia berbasikal...

Wife juga berkayuh bersama anak bagi memastikan keselamatan disepanjang kayuhan...

Bersiap sedia di garisan permulaan....suasana masih cerah lagi...

Bersama Danish Aiman.....gementar katanya....

Ceria sebelum memulakan kayuhan....

Kawan lama semasa di universiti...Sallehudin, juga kali pertama berkayuh di event basikal...

Bersama rider-rider dari Melaka....rider kental dan kuat semuanya...

Lekas Highway ditutup dari pukul 5 petang sehingga 3 pagi...

Bersama anak-anak Fairuz yaang turut serta....

Hari sudah gelap...semakin ramai rider berkumpul di dalam kawasan highway....lebih kurang 3000 orang semuanya...


Berada di garisan permulaan....kayuhan bermula pada pukul 8.15 malam dengan kategori 105km dilepaskan terlebih dahulu dan diikuti dengan 78km serta kanak-kanak sejauh 3km...

Bermula di bahagian hadapan untuk kategori 78km setelah kategori 105km dilepaskan....

Kategori 78km dilepaskan pada pukul 8.30 malam....

Tamat kayuhan sejauh 78km....

Finishing line...

Alhamdullilah....

Bergambar bersama dengan wife selepas tamat kayuhan....

Ramai rider mula sampai di garisan penamat....


Sebelum balik...selfie dulu....

Pentas utama dengan pelbagai persembahan....

Sebelah petang semasa mengambil goodies bag di Plaza Tol Kajang Selatan Lekas Highway...

Rider celik...Babat Junior... 

Koleksi medal yang seterusnya untuk tahun ini....

Dapat memperbaiki catatan masa yang lebih baik berbanding tahun 2014....

Kayuhan di waktu malam lebih bersemanggat dengan suasana yang dingin serta sejuk berbanding terik mentari jika di sebelah siang....

No comments:

Post a Comment