Monday, 30 May 2016

Lexicon Cyberjaya Duathlon 2016 - 29 May 2016

Lexicon Cyberjaya Duathlon 2016 merupakan acara duathlon yang mensyaratkan peserta hanya boleh menggunakan basikal mtb sahaja untuk bike course. Ini kerana laluan yang disediakan berbentuk offroad dan tidak sesuai untuk road bike pada kebiasaannya. Format acara kali ini adalah First Leg Run sejauh 2.5km, Bike Course sejauh 30km dan Second Leg Run sejauh 10km. Penyertaan event kali ini tidaklah begitu ramai, hanya 330 penyertaan sahaja.

Namun event yang nampaknya menarik diawal pendaftaran tidak berpanjangan sehingga keakhirnya. Pelbagai kesilapan teknikal telah berlaku disepanjang acara ini dijalankan sehingga menjadikan kemarahan daripada para peserta. Akhirnya, pemenang ditentukan dengan hanya mengambil keputusan masa daripada second run sahaja. Masa untuk first run dan bike course telah dibatalkan. Antara kelemahan nyata yang dapat dilihat adalah seperti kurangnya jumlah marshal yang menjaga laluan terutama di laluan offroad bike course. Ramai peserta telah tersesat atau tersalah jalan akibat tanda arah yang kurang terutama dipersimpangan jalan.

Timing chip sensor yang hanya ada di starting dan finishing line telah memburukkan lagi keadaan, di mana peserta yang tidak menghabiskan course masih lagi boleh digelar sebagai pemenang. Transition area juga tidak dikawal selia oleh marshall, dimana peserta bebas keluar masuk mengambil basikal tanpa kawalan dan pemantauan. Tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai event duathlon paling "worst" pernah disertai.


Event duathlon yang keempat disertai pada tahun ini dan lain daripada duathlon sebelum ini....bike course menggunakan basikal mtb di laluan offroad....

Transition area di kawasan basement parking kereta.... 

Bike Check In pada pukul 6 pagi.....

Acara bertempat di Burger King Prima Avenue Cyberjaya..... 

Peserta berkumpul di starting line seawal jam 6 pagi....

Larian sejauh 2.5km bermula pada pukul 7 pagi.... 

Bike Course...30km offroad...trail memang layan walaupun berlumpur....berjaya menghabiskannya walaupun ramai yang tersesat dan terus ke transition area....

Second Leg Run sejauh 10km....cuaca dah panas terik....lari solo jea....

U-Turn...lagi 2km lagi nak sampai garisan penamat....huhuhu..letihnya...

Water Station last.....selepas buat pusingan u turn....tak ada timing chip sensor pun dekat sini...kalau tahu short cut jea.....hahaha.. pelik laahh, first time event duathlon timing chip sensor hanya ada di starting dan finishing line jea...macam mana nak confirmkan yang tiada peserta yang short cut ataupun chicken loop....

Mental dah down time nie.....dah tak larat....jalan jea laaa..... 


 Alhamdullilah....sampai akhirnya....

Bergambar dulu sebelum balik....cuaca pun dah panas terik...tak tunggu pun untuk lucky draw....

Koleksi medal duathlon yang seterusnya untuk tahun ini...

 
Laluan sepanjang duathlon...running & cycling.... 

No comments:

Post a Comment