Tuesday 3 May 2016

KL Labour Day Run 2016 - 2 May 2016

Sempena cuti umum Hari Pekerja, satu larian telah dianjurkan oleh Persatuan Rekreasi Wilayah Ceria 1Malaysia iaitu KL Labour Day Run 2016. Acara yang bertempat di Dataran Merdeka telah disertai oleh seramai lebih kurang 2000 orang. Larian disekitar bandaraya Kuala Lumpur sejauh 10km dengan melalui tempat-tempat penting di sekitar KL seperti Jalan Chow Kit, Jalan Bukit Bintang, KLCC, Pavillion KL, Jalan Dang Wangi dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Laluan sama dengan acara KL New Year Run pada 1 January yang lalu.


Larian kali kedua di sekitar KL pada tahun ini....

Bersama family di Dataran Merdeka sempena cuti umum pada hari ini...

Supporter... dah minta nak berlari juga...lain kali baru boleh register....kena training dulu...

Mercu tanda KL....Bangunan Sultan Abdul Samad...

Cuaca mendung pada pagi ini...sesuai untuk larian tanpa panas mentari....

Warm-up dulu....senamrobik dulu....

Peserta lebih kurang 800 orang...tidak ramai seperti biasa..mungkin faktor cuti umum ramai yang balik kampung dan bercuti...



Front runner di garisan hadapan....

Flag off pada pukul 7.30pagi untuk kategori 10km dan seterusnya 5km....

Lari menuju Jalan Tun Razak...berhadapan dengan bangunan Tabung Haji....


Tamat larian....


Geng Ex-Perodua....Salleh...berjumpa lagi di sini selepas 100 Plus Outrunner di Putrajaya bulan lalu...


Pentas utama...acara penyampaian hadiah dan lucky draw...

Koleksi medal larian untuk tahun ini....

Jarak larian sebenar sejauh 11.5km sebenarnya...

No comments:

Post a Comment