Sunday, 14 April 2019

Score Run : Run The Night - 13 April 2019

Larian Score Night Run kali ini bermula di Dataran Putrajaya sama seperti tahun lepas. Tahun ini masih mengekalkan format yang sama iaitu terdapat larian Day & Night. Larian Score Run Day akan berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil pada bulan July nanti. Penyertaan Score Night Run kali ini memcecah seramai lebih kurang 15 ribu orang peserta dan terdapat penambahan satu lagi kategori iaitu Full Marathon. Kategori Full Marathon merupakan kategori baru yang diperkenalkan pada tahun ini. Namun kategori ini hanya ada pada Night run sahaja dan tidak ada pada Day run.

Terdapat 4 kategori pada Night run kali ini iaitu 5Km, 10Km, HM dan FM. Seperti biasa, ambil kategori HM sahaja, takut kalau ambil FM nanti, bila sampai finishing line orang dah tak ada. Cut off FM selama 7jam 30 minit iaitu pada pukul 3.30 pagi. Fuuhhh...dah nak ke waktu suboh kalau macam nie.

Flag off kategori HM pada pukul 8.40 malam dan peserta kategori ini dianggarkan lebih kurang 3600 orang. Masa yang diberikan selama 4 jam.


Larian HM yang kedua tahun ini selepas TwinCity Marathon....

Ditemani oleh wife dan anak pada malam ini.... penat katanya menunggu untuk sampai di garisan penamat...

Ramai pelari HM sudah berada di dalam kawasan starting line...peserta FM telah dilepaskan pukul 8 malam....

Lebih kurang 3600 peserta HM membanjiri Dataran Putrajaya bersama dengan peserta 5Km dan 10Km yang telah menghabiskan larian pada sebelah petang.... ada juga peserta yang sudah balik selepas kategori acara larian selesai...

Solo jea.... nasib baik anak tolong ambilkan gambar...

Larian tamat....hanya peserta HM dan FM sahaja yang kelihatan di sini....yang lain sudah balik, lagi pun jam sudah menunjukkan hampir tengah malam...

Peserta FM kali ini dikehendaki berlari 2 loop yang sama....rasanya agak mental untuk berlari di laluan yang sama di tengah malam dengan suasana yang semakin sunyi dan jumlah peserta pun semakin berkurangan....

Bergambar dulu sebelum balik.....mata dah mengantuk dan badan pun dah letih....

Gaya jea lebih.....

Babat Jr. pun dah mengantuk....muka pun dah macam zombie.....

Ok....jom balik....

Medal HM yang kedua untuk tahun ini....in sya Allah, medal ini akan di combine dengan medal Score Day Run pada bulan July nanti....

Timing yang agak kurang memuaskan walaupun pun di bawah masa 3 jam....

Route yang berbentuk roller-coster....banyak pendakian turun naik di laluan ini.....laluan ke PICC agak mental disebabkan banyak pendakian....namun baki 3km yang terakhir apabila sudah menghampiri garisan penamat tetapi berpatah balik sambil melihat rakan-rakan lain menuju ke finishing line lagi membuatkan larian semakin perlahan kerana ada baki 2km lagi yang perlu dihabiskan.....
Jumpa lagi di Score Day Run di Bukit Jalil pada July nanti....