Sunday 23 February 2020

Bukit Beruntung Reverse Loop - 22 February 2020

Sudah lama tidak berkayuh loop Bukit Beruntung dan kali ini merupakan kali pertama untuk tahun ini. Namun kali ini membuat kayuhan secara terbalik dengan melalui laluan berbukit di Rasa terlebih dahulu sambil menuju ke Sirim Rasa. Kayuhan santai jea kali ini, berdua dengan Anas. Berhenti lepak di Antara Gapi dan meneruskan kembali kayuhan menuju ke Bukit Beruntung dengan melalui jalan belakang di Perodua.


Antara Gapi....port untuk breakfast setiap kali jika berkayuh di sini....tempat yang tenang, sambil bersantai di bawah pokok.... 

Fuuhhhh...letih kayuh hari ini...angin kencang bertiup....climbing dekat Rasa memang terasa kepenatannya...kenderaan pun banyak yang lalu-lalang pagi nie....

Muka macam pewaii jea.... letih tuu...

Climbing selepas persimpangan Batang Kali....angin masih bertiup kencang....layan jea...

Sampai di Antara Gapi....lepak makan dulu...

Kayuh santai-santai jea....tak ada apa yang nak dikejarkan....yang penting keluar peluh.... 

Laluan balik melalui jalan belakang Perodua....laluan offroad...dah macam Cyclocross dibuatnya....

Anas minta singgah Perodua dulu....nak tengok tapak projek katanya.... bangunan Perodua Distribution....tempat kereta keluar untuk dihantar kepada customer...

Dalam kenangan..... tempat jatuh lagi dikenang....cepat sungguh masa berlalu...

Kayuhan pulang....cuaca semakin panas.... 

Kawasan UMW High Value Park ini akan menjadi tempat yang gah suatu hari nanti...disebabkan banyak kilang-kilang akan dibuka di kawasan ini nanti....tempat ini akan menjadi sibuk dalam masa 3 tahun lagi....

Cukup lah mileage untuk kali ini....walaupun target untuk dapat 60km....tak apa, next time...

Bukit Beruntung-Rasa-Batang Kali-Serendah-Antara Gapi-E9 Perodua-Bukit Beruntung.

Monday 17 February 2020

Offroad Ride @Bukit Sentosa - 16 February 2020

Sudah lama tidak ber"offroad" dan tahun ini merupakan kali pertama berkayuh mountain bike. Dah lama MTB tersadai dan bersawang dekat rumah. Kali ini bersama geng SCT menguji trail untuk "Kayuhan Perpaduan" yang akan diadakan pada bulan hadapan. Kayuhan fun ride secara santai dan sesuai untuk semua golongan.

Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi di Kedai Ajis Jalan Anggerik. Ramai pengayuh RB yang terdiri dari geng JiwaBasikal yang berkayuh ke Loop Slim River berkumpul di sini. Namun berpecah membawa haluan masing-masing. Kami seramai 9 orang meneruskan kayuhan santai kerana sudah lama tidak berkayuh mtb.

Kayuhan Perpaduan nanti akan bermula di sini iaitu di kawasan tapak pasar malam Jalan Angeerik...berhampiran dengan 99 Speedmart BS2... 

Mula-mula kayuh terus pacak mendaki....kaki belum panas lagi dah mendaki...

Santai jea.....

Laluan di sekitar Jalan Anggerik....laluan berpatah semula menuju ke kawasan perumahan Widuri...

Sekitar shop lot kedai....tak sibuk laluan ini dengan kenderaan....

Sampai di Tasik Widuri.... ada geng mak budak sedang berzumba....perhati dari jauh jea...

Lepak bergambar dulu....bukan nak rushing sangat pun....kayuh leha-leha jea...ala-ala mak jemah...

Ingat nak lepak lama....tapi segan tengok mak cik-mak cik sedang berzumba....

Meneruskan kayuhan ke Jalan Telipot....tanah lapang yang berpasir...

Kawasan ini selalu digunakan oleh geng "remote control" untuk menerbangkan kapal terbang kawalan jauh dan juga helikopter..... jalan ini juga selalu digunakan oleh geng mat rempit untuk menguji keupayaan motor masing-masing.... berlumba...bagus jugak berlumba di sini...kalau berlanggar tak menyusahkan orang lain....terbabas masuk semak pun sorang-sorang....kalau meninggal pun tak melibatkan pengguna jalan raya yang lain...

Masuk laluan offroad.....

Kawasan ladang Durian Musang King....dekat dalam ini pun ada ladang semaian... 

Ingatkan balik nanti tak perlu basuh basikal....dah masuk offroad...confirm berlumpur punya...

Laluan basah dan berlumpur disebabkan hujan yang turun semalam...

Rehat dulu...ingatkan santai sangat...tapi kena bantai....

Laluan mendaki dekat belakang tuu...menuju ke Bukit 2Hinggit.....tak naik pun...layan downhill jea....nervous jugak bila turun sebab dah lama tak berkayuh...

Ending bila berkayuh....lepak makan lagi...

Bersarapan pagi di gerai makan bersebelahan dengan Masjid As-Salam Bukit Sentosa....

Jadilah dapat 23km jea..... lepas ini tak tahu bila lagi nak berkayuh mtb....tunggu dan lihat sahaja...

Kalau masa terluang bulan depan...boleh jugak join "Kayuhan Perpaduan" nanti.... sekarang kayuh santai-santai jea....dah jarang sangat masuk jamboree....kalau masuk pun tunggu "Burung Hantu Nite Ride" jea....

Sunday 2 February 2020

Hiking Malam & Siang Bukit 2Hinggit - 1 & 2 February 2020

Bila gian dah datang, malam pun kita hiking jugak tapi hanya Bukit 2Hinggit jea laaa....nak naik yang tinggi-tinggi takut tak larat pulak. Malam ini layan tengok view sekitar Bukit Beruntung sambil lihat pesta bunga api. Meriah malam nie...sana-sini berdentum-dentum dengan warna-warni bunga api. Angin sepoi-sepoi semasa mendaki dan tenang semasa berada di atas puncak. Awalnya seperti hari hendak hujan, tapi nasib baik cuaca menyebelahi kami.

Awal paginya pulak, layan mendaki lagi. Tapi kali ini jadi guide untuk geng KRT Jalan Anggerik yang naik ke puncak sebagai aktiviti kawasan perumahan mereka. Mendaki santai-santai jea. Jumpa ramai kawan-kawan lama dan mendaki bersama.


Berenam malam nie....Babat-Iskandar-Nuar-Josh-Jefri-Mat Mir....

Jefri dan Mat Mir jadi guide malam nie....

Mendaki di tebing batu...curam dan berpasir....lampu headlamp perlu semasa mendaki....

Sampai atas puncak....2 lampu spot light menerangi puncak di waktu malam....cukup terang lampu nie...memang padu...

Memasak....sememangnya pasti.....

Pekena kopi o panas...kuaci dan keropok sambil berborak....

Langit cerah....walaupun tadi nampak macam nak hujan jea....

Berkelah sehingga tengah malam sebelum turun pada pukul 12.30 tengah malam....tak ada sesiapa yang naik malam nie, hanya kami sahaja...

Hanya view sekitar Bukit Sentosa.....cantik dengan cahaya yang terang benderang....

View nie memang cantik.....kat bawah tuu ada station minyak Petron yang baru dibuka semalam....lepas nie mudah lah nak isi minyak tak perlu beratur panjang di station minyak Petron berhampiran dengan station bas Bukit Sentosa....

Malam nie meriah dengan bunga api....sambutan perayaan Tahun Baru Cina masih lagi terasa....

Gambar nie blur sebenarnya...tapi jadi cantik pulak.....

Geng KRT Jalan Anggerik....warm-up dulu sebelum mendaki....lebih kurang 60 orang pada pagi nie...

Panaskan badan dulu sebelum mendaki....

Mula mendaki seawal jam 7.30 pagi....

Mendaki santai-santai jea....

Memantau pendaki kanak-kanak dan juga makcik-makcik...

Climbing lagi....

Sampai puncak....hari dah panas....puncak penuh.... layan lepak sebelum turun...

Geng-geng lama Perodua......

Meriah dengan kanak-kanak yang turut serta....

Bersama Nazir Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa.... Tn Haji Azham....