Monday 26 September 2011

Kuantan Mountain Bike Challenge 2011 - 25 September 2011

Bertempat di Komplek Logistik IPK Kuantan Alor Akar telah diadakan acara Kuantan Mountain Bike Challenge 2011 anjuran Kelab Polis Kontijen Pahang. Acara ini telah menarik seramai lebih kurang 750 orang peserta. Peserta telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan acara keseluruhan tamat pada pukul 1 tengahari.

Distance : 35.5 Kilometers
Moving Time : 2 hour 40 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 46.0 km/hours
Moving Avg : 13.7 km/hours


Complete 7 Check Point....

Berkumpul seawal jam 6.30 pagi bersama geng Mastana..

Bersama Umar ARB....

Umar & Fairuz..

Tempat berkumpul di padang kawad IPK Alor Akar...

Peserta mula mendaftarkan diri sebelum kayuhan...

Motosikal peronda Polis bersiap sedia untuk mengawal lalu-lintas di sepanjang kayuhan...

Peserta makin bertambah & briefing dari pihak penganjur....


Di starting point... peserta dilepaskan pada pukul 7.30 pagi...

Laluan road sepanjang 7 kilometer sebelum memasuki laluan off road...

Laluan off road...pendakian bermula... laluan di kawasan ladang kelapa sawit serta kebun getah..
Cuaca pada di sepanjang trek adalah mendung dan redup...memang sesuai untuk kayuhan tanpa terik matahari... 



Tidak banyak gambar yang sempat diambil semasa kayuhan...fokus dengan kayuhan sambil menikmati keindahan alam....

Berjaya sampai di garisan penamat dengan 7 sticker check point...

Lucky draw bermula.....


Geng-geng Mastana....

Motorsikal peronda kembali semula setelah selesai mengawal lalu-lintas untuk peserta...

Acara BMX memeriahkan suasana...

Demostrasi dari Unit Anjing K9 PDRM....

Demostrasi dari Unit Motosikal Peronda PDRM....


Jarak keseluruhan....35.5 kilometers....

Profile ketinggian...puncak paling tinggi 460ft...

Secara keseluruhannya, acara kali ini berjalan lancar dan meriah,persiapan yang dilakukan cukup teratur. Terima kasih kepada abang-abang polis kerana berjaya menganjurkan satu acara mountain bike yang meriah beserta pertunjukan demostrasi dari unit anjing pengesan K9, unit peronda bermotosikal serta acara basikal BMX. Komitmen yang tinggi juga ditunjukan di dalam aspek keselamatan terutama disimpang-simpang jalan, di kawasan bahaya seperti di laluan downhill serta di kesemua check point. Walaupun banyak berlaku kemalangan di sepanjang laluan disebabkan keadaan trek yang licin serta berlumpur tetapi komitmen pihak penganjur harus dipuji .Syabas kepada pihak penganjur!!!    


Friday 23 September 2011

Jom ke Kuantan......

Next event, ke Kuantan pulak untuk Kuantan Mountain Bike Challenge 2011 anjuran Kelab Polis Kontinjen Pahang. Pertama kali berkayuh di negeri Pahang, mungkin ade kelainan. Kepada rakan-rakan mountain bike yang pergi, Selamat Berkayuh dan jumpa di sana......



JARAK TREK : 35 KM
(KOMPLEKS LOGISTIK ALOR AKAR - SEMAMBU - JABOR - DAMANSARA - JABOR SEMAMBU - KOMPLEKS LOGISTIK ALOR AKAR)



Jersey nampak menarik.....

Medal finishing untuk setiap peserta yang menamatkan kayuhan...

Gambar trek sejauh 35kilometer...







Trek Jamboree....35km



Monday 19 September 2011

Kayuhan D'Fraser Hill - 18 September 2011

Setelah sekian lama tidak berkayuh di Fraser Hill, kali ini seramai 21 orang pengayuh yang terdiri dari Sentosa Cycling Team (SCT), Kuala Selangor Cycling Club (KSCC) bersama Prima Riders Cycling Club (PRCC) dan Sungai Buaya Cycling Club (SBCC) telah berjaya sampai di puncak Bukit Fraser. Kali terakhir berkayuh disini pada bulan May tahun 2009, banyak perubahan serta pembangunan telah dilakukan.
Laluan untuk turun dari puncak juga sudah dibuka semula dan tidak perlu menunggu giliran untuk naik.

Distance : 83.8 Kilometers
Moving Time : 4 hours 55 minutes
Stopped Time : 2 hours 9 minutes
Max Speed : 51.9 km/hours
Avg Speed : 17.0 km/hours

HR Average : 140
HR Max : 166
Energy : 3258 kcal
TE : 5.0

Kayuhan bermula dari Post Office Kuala Kubu Baru pada pukul 8.20 pagi

Seramai 21 orang pengayuh dengan dibantu oleh sebuah kereta mashall...

Bersama Yeo Sungai Buaya Cycling Club (SBCC)...

Kayuhan menuju Empangan Kuala Kubu Baru... wajah masih boleh tersenyum... baru permulaan kayuhan...

Sampai di pintu masuk empangan KKB....

Pemandangan di waktu pagi....sungguh tenang...





Pendakian bermula...





Kawasan ini merupakan tempat di mana Pegawai British Sir Henry Gurney telah terbunuh dalam serang hendap oleh pihak komunis semasa beliau dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser...

Sampai di GAP Bukit Fraser....

Sampai di GAP, jarak kayuhan 31.5km selama 2 jam 15 minit...


Lagi 8 km untuk ke puncak Fraser Hill...


Lagi 3 kilometers....

Akhirnya sampai di puncak Fraser Hill....

Salah satu kedai runcit.... lepak beli roti sampai makan ice cream dalam suasana dingin sebab hari nak hujan...

Mercu tanda Fraser Hill... tak lengkap kayuhan jika tak bergambar disini...


Laluan sejauh 83.4kilometers.....
Tiada gambar semasa turun dari puncak disebabkan oleh hujan lebat semasa perjalanan turun... keadaan hujan serta jalan yang licin dengan kenderaan yang turun bersama memang mencabar dan menyeronokan...
(minggu lepas dah puas mandi hujan kat Penang.... minggu nie pun mandi lagi...memang syookkk!!!)

Puncak paling tinggi...4168.4 ft...