Sunday 30 September 2018

AXA Hearts In Action Run 2018 - 30 September 2018

Event yang pernah di"register" tahun lalu namun terpaksa menarik diri di saat akhir. Namun kali ini cuba untuk menyertainya dan tapak event bertempat di Anjung Floria Putrajaya. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu 12km dan 6km. Acara ini bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran kepada masyarakat tentang pesakit cancer, jantung, kanak-kanak, alam sekitar dan juga penjagaan buah pinggang. Terdapat 5 jenis colour t-shirt yang boleh dipilih oleh peserta semasa mendaftar mengikut kesukaan masing-masing.

Lebih kurang 8 ribu peserta menyertainya pada kali ini dan sememangnya meriah. Flag off bagi kategori 12km pada pukul 6.30 pagi dan diikuti pula dengan kategori 6km.


Pertama kali menyertainya...meriah sambil beramal....

Lima golongan sasaran untuk acara ini...diharapakan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang golongan ini....

Starting line di Floria Putrajaya.....

Flag off pukul 6.30 pagi untuk kategori 12km....


Masih belum ramai lagi runner yang masuk ke dalam starting line....

Larian hampir bermula...lebih kurang 1500 ribu peserta yang menyertai larian pada pagi ini....

Gambar semasa berlari....TQ CheckPointSpot.asia....

Ini baru nak masuk 4km....ada balance lagi 8km....hari baru nak cerah...

Sampai di garisan finishing....slow sangat pace hari nie... dah lama tak berlari dekat Putrajaya...

Dah lama tak berlari dekat event....last pun time dekat Kuala Terengganu hari tuu....lepas tuu ada jugak event yang terlepas sebab masalah kesihatan.....


Tapak event....ramai peserta yang telah sampai....kategori 6km mempunyai penyertaan paling ramai...ada yang berlari bersama keluarga....


Termenung sebab solo jea pagi nie....

Medal pun dah dapat...apa lagi chow dulu....macam biasa tak tunggu lama....lepas nie nak hantar anak balik asrama pulak...

Hari semakin panas....jom balik.... boleh konfius pulak time balik nak cari kereta parking dekat mana...time gelap tadi tak perasan parking dekat mana...nasib baik jumpa kereta...rupanya parking dekat area Wisma Tani....

Koleksi medal yang seterusnya pada tahun ini...

Laluan sejauh 12km jea.... jadilah asalkan dapat berlari....

Sunday 9 September 2018

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018 - 8 September 2018

Ini merupakan larian Full Marathon yang pertama kali disertai setelah hampir 3 tahun berlari. Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud merupakan kayu pengukur sama ada mampu untuk berlari full marathon atau hanya setakat half marathon sahaja. Larian di negeri pantai timur yang pertama kali serta di luar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur selain Penang. Teruja disebabkan hanya datang berseorangan diri tanpa family serta menaiki bas dari Bukit Sentosa ke Kuala Terengganu. Setelah hampir 15 tahun tidak menaiki bas express, berasa jakun dan kekok semasa menaikinya sambil mengimbau kembali zaman semasa belajar di universiti dulu.


Larian full marathon yang pertama kali disertai.... terasa teruja....i'm survive

Hujan lebat turun pada pukul 8 malam dan masih lagi renyai-renyai semasa flag off pada pukul 12 tengah malam...

Cuaca terasa dingin dan sejuk....nampaknya berlari dalam hujan lah kali nie...

Peserta 42km tidak ramai hanya sekitar 400 orang sahaja.... tak ramai...kategori paling ramai adalah fun run yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar Terengganu...

Solo jea....muka nampak nervous...sama ada boleh habiskan larian atau tidak...

Ada jugak gambar time flag off....

Awal-awal dah berjalan....macam tak nak berlari jea....


Akhirnya sampai di garisan penamat dengan selamatnya tanpa sebarang kecederaan...alhamdullilah...syukur...

Suasana semakin meriah di awal pagi....ramai pelajar-pelajar sekolah mula berkumpul dengan pelbagai ragam....

Baru tahu berapa azabnya untuk menghabiskan larian FM nie.... kalau tak cuba tak tahu...dah tahu tak pasti nak cuba lagi ke atau tak lain kali....huhuhuhu...

Solat subuh sebaik tiba di Kuala Terengganu....berehat dan melelapkan mata seketika di Masjid Abidin selepas solat subuh...ramai runner yang dari jauh telah awal sampai dan berehat di sini...

Masjid serba putih berhampiran dengan Hentian Bas Majlis Kuala Terengganu....

Suasana tenang di awal pagi....maklumlah hari nie cuti di Terengganu...

Pekena nasi dagang di Kedai Nasi Dagang Vintage berhampiran dengan Dataran Syahbandar....

Jalan-jalan sekitar bandar....

Berjalan kaki sehingga ke Pasar Payang...awal pagi lagi..kedai tak buka lagi....

Solat Jumaat di Masjid Abidin....berhawa dingin masjid nie....sejuk...mata pun terlena semasa dengar khutbah...maklumlah tidur dalam bas tak berapa lena sangat....

Teruja semasa menaiki bas dari Bukit Beruntung ke Kuala Terengganu...maklumlah dah hampir 15 tahun tak naik bas... bas express Adam sangat selesa dengan bayaran RM49 sehala... mula-mula confuse jugak sebab hanya 5 penumpang sahaja ke nak ke KT...rupa-rupanya singgah ke TBS selepas tuu....terus penuh bas dengan penumpang.... 

Dah ada bas ke Pantai Timur...lepas nie senanglah nak ke sana dengan naik bas jea...

Banyak laluan berpatah balik....memang mental jika route macam nie....memang cukup meletihkan sambil melihat peserta lain sudah berpatah balik.....

Elevation tak tinggi sangat tapi mental koyak.... first time masuk FM nie baru rasa letih ke tak letih nak berlari sampai 42km nie...kalau mental tak kuat malam tuu dah give-up sebab KM27 tuu lalu depan homestay.. terasa nak balik bilik jea tidur....mata pun memang mengantuk sangat... tapi alhamdullilah dapat juga habiskan larian, sebab datang dari jauh dan solo pulak tuu..tak kan nak DNF pulak....





Sunday 2 September 2018

Hiking Gunung Bunga Buah (GBB)...puncak yang sudah lama dinanti - 2 September 2018

Setelah percubaan pertama ke Gunung Bunga Buah (GBB) gagal setahun yang lalu disebabkan oleh halangan dari pihak Polis Bantuan Genting Highland atas alasan tiada permit mendaki serta memasuki laluan tanah persendirian, namun kali ini impian itu telah berjaya direalisasikan. Tahniah dan terima kasih kepada abang-abang otai gunung yang menjadi jurupandu arah serta berjaya menyelinap tanpa dikesan semasa memasuki laluan trail. 

Gunung Bunga Buah mempunyai ketinggian 1430 meter dari aras laut. Gunung ini dahulunya menjadi favorite kepada pendaki gunung di sekitar Lembah Klang disebabkan lokasinya yang tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur dan pendakian mengambil masa sehari sahaja. Lagi pun suasana sejuk dan dingin di atas puncak merupakan daya tarikan yang menarik untuk berkunjung di gunung ini.


9 orang pendaki pada pagi ini...cuaca amat menarik pagi ini, cerah tetapi berkabus...

Trail head di kawasan lot kedai Goh Tong Jaya....laluan masuk disebelah tokong...

Awal-awal dah bagi pacak...belum sempat nak tarik nafas, terus climbing tak ingat....laluan basah dah lecah disebabkan hujan yang turun sehari sebelumnya....

Pagi ni cuaca agak sejuk....di awal pagi...

Memasuki laluan tarmac...laluan ini merupakan laluan jalan lama yang digunakan untuk naik ke puncak Genting Highland suatu masa dahulu sebelum jalan baru dibina..

Di awal laluan...tarmac masih jelas kelihatan...namun permukaan jalan yang agak licin dan berlumut...

Laluan tarmac yang telah dilitupi oleh hutan dan permukaan jalan yang sudah pecah dan rosak akibat hakisan air serta runtuhan tanah...

Selepas itu akan melalui bekas tapak kuari yang telah lama ditinggalkan...

Keadaan sunyi dan kadang-kadang agak menyeramkan....

Laluan dilitupi oleh semak-samun serta lalang....


Berposing dulu sebelum laluan sebenarnya bermula.... laluan tarmac sejauh leih kurang 2km sebelum memasuki laluan offroad yang sebenar...

Trail head offroad....laluan yang mencabar fizikal dan mental sudah bermula...

Climbing tak ingat....lepas naik turun pulak...lepas tuu naik balik....dan seterusnya....

Muka macam dah pewaii jea....maklumlah dah lama tak berhiking...sekali kena teruk pulak trail nie...

Laluan mossy...semakin tinggi semakin banyak lumut dijumpai...


Sampai di kawasan Rock Garden....kawasan berbatu...dari puncak ini akan dapat melihat bangunan di Genting Highland...tetapi cuaca pagi ini agak berkabus.... 


Licin berlumut....

Berkabus di kawasan ini....


Dari kawasan Rock Garden mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke atas puncak Gunung Bunga Buah...terdapat beirut di atas puncak dan pemandangan agak berkabus dan kadang-kadang kelihatan Empangan Batu Ulu Yam...

Puas...walaupun agak keletihan...maklumlah dah lama tak berhiking....

Ketinggian 1430m dari aras laut....boleh dikatakan sebagai gunung yang mempunyai laluan yang agak mencabar untuk sampai ke puncak....

Makan tengahari....mengeluarkan segala bekalan makanan yang telah dibawa.... ada nasi impit berlauk sardin dan juga roti telur serta maggie...

Maggi pasti tidak ketinggalan....

Bergambar dulu sebelum turun....

Layan pemandangan dulu....


Turun dalam keadaan berhati-hati disebabkan licin dan basah...

Terdapat juga laluan yang menggunakan tali yang disediakan akibat terlalu curam dan licin...

Akhirnya sampai juga setelah mengharungi laluan sejauh lebih kurang 13.5km selama lebih kurang 10 jam....

GPS hilang tracking semasa turun disebabkan tertekan button "pause"....hilang beberapa KM....

Laluan disepanjang sempadan Selangor-Pahang....kejap-kejap masuk sempadan Selangor, kejap-kejap masuk Pahang....tetapi kepenatan tetap sama....

Gunung Bunga Buah walaupun mendaki dalam suasana kedinginan, namum tahap kepayahannya tidak boleh dipandang mudah...pendakian untuk ke puncak memerlukan kekuatan tenaga serta tahap mental yang tinggi...ini disebabkan oleh pendakian yang curam serta memenatkan...