Friday 24 August 2018

Perodua E9 Running .... larian jiwa kacau...

Mode larian santai ke laluan Perodua E9 setelah penarikan diri dari event Merapoh @TMMT di saat akhir akibat perkara yang tidak dapat dielakkan. Mungkin tiada rezeki pada tahun ini, in sya Allah akan mencuba semula pada tahun hadapan. Larian pagi ini sekadar ingin melihat pembangunan di sekitar kawasan Jalan E9 Perodua yang sedang dibangunkan sebagai Hub Aerospace di Malaysia. Laluan ini sememangnya digunakan untuk ke tempat kerja namun tidak berpeluang untuk melihat secara dekat papan-papan tanda yang ada, namun kali berpeluang melihat secara dekat apakah pembangunan yang sedang dijalankan. Tidak lama lagi kawasan ini akan mejadi lebih sibuk apabila pembukaan jalan-jalan yang menghubungkan Rasa dan Serendah.

Santai jea pagi nie....sambil melihat-lihat kawasan...

Pembinaan jalan ke Rasa sedang rancak dijalankan...tidak dapat mengambil gambar di laluan ini kerana dikawal oleh pekerja pembinaan...

Pembinaa jalan menuju ke Serendah....pun sedang giat dijalankan...

Pintu hadapan kilang UMW Aerospace....

Sebuah lagi kilang aerospace yang sedang dalam pembinaan...

Parking lot kereta Perodua....

Cuaca menarik pagi nie...tak berapa panas...mendung...

Climbing....

Lagi laluan jalan raya yang sedang dalam pembinaan....jalan menuju ke Masjid Perodua...

Perodua Global...kereta Axia dan Bezza dipasang di sini....


Melepaskan giat untuk ber"offroad"...memasuki laluan offroad menuju ke Masjid Perodua....

Jalan ini dijangka siap pada penghujung tahun ini....

Semakin mudah perjalanan dan semakin banyak pembangunan yang akan diadakan...jika dulu kawasan ini merupakan kawasan hutan dan berbukit...

Masjid Perodua....di belakang tuu, Bangunan Pentadbiran P2...  

Bersebelahan Masjid Perodua....sebuah taman perumahan sedang didirikan dengan nama "Alamanda"..kawasan strategik kerana berhampiran dengan kilang Perodua..

Elevation paling tinggi semasa mendaki di kilang simen G-Cast.....

Jadi lah....setakat ini jea....nak berlari balik tiba-tiba orang rumah datang naik kereta pulak...ajak breakfast...kalau tidak boleh dapat 20km....