Friday 26 June 2015

Kayuhan Amal Ramadhan @Genting Sempah - 26 June 2015

Satu kayuhan amal telah diadakan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh saudara Solihin dalam menyambut Ramadhan dan aidilfitri apabila rumah kediaman beliau telah mengalami kebakaran pada 15 June yang lalu. Dengan beban yang ditanggung, semoga sumbangan daripada rakan-rakan yang tidak seberapa ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga beliau.

Kayuhan amal ini telah dianjurkan bersama Alternative Cycling Club - ACC Gombak, Harimau Malaya Riders (HRM), Pinky Women Riders (PWR), Geng Syok Sendiri (SS Riders) dan HeavyWeight Riders (HW Riders). Acara ini juga disokong penuh oleh Cyclomotion, Jiwa Basikal, SukeBike dan Kedai Basikal Orbit Cycle.

Berkumpul di Sekolah Menengah Teknik Gombak pada pukul 10.30 malam dan memulakan kayuhan pada pukul 11 malam. Lebih kurang 200 orang pengayuh menyertai acara pada malam ini. Jika tahun lepas juga terdapat kayuhan amal bagi arwah Jafryin Jaafar dan tahun ini masih tidak ketinggalan untuk beramal sekadar mampu.


Kayuhan Amal Saudara Solihin.....

Gembira dapat berkumpul bersama rakan-rakan kayuhan yang lain....

Minum dahulu di gerai makan berhadapan dengan Sekolah Teknik Gombak....sebelum memulakan kayuhan...


Briefing dari pihak penganjur sebelum memulakan kayuhan pada pukul 11 malam...

Jarak pendakian sejauh 25km sebelum sampai di puncak Genting Sempah.....



Rakan dari JiwaBasikal.....

Rakan dari KDRC....Kota Damansara...

Bergambar di bulatan Genting Sempah....



Makan tengah malam....RnR Genting Sempah sedang direnovation...banyak kedai makan yang tutup....


Sis Non....mengutip duit sumbangan daripada para peserta...

Maggie cup pun jadi lah.....kalau dah lapar semuanya terbaik....

Selesai makan malam.....

Bergerak turun pada pukul 2.15pagi dan sampai di kereta pada pukul 2.50pagi....

Tahniah kepada pihak penganjur di atas usaha yang dilakukan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh sahabat kita bagi menghadapi ibadah puasa di bulan Ramadhan ini serta Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.....

Monday 8 June 2015

Kuantan Century Ride 2015 (KCR 2015) - 7 June 2015

Kuantan Century Ride 2015 merupakan acara century ride yang ditunggu-tunggu pada tahun ini. Jika tahun lepas merupakan event century ride yang pertama disertai setelah berjinak-jinak dengan roadbike. Kali ini masih mengekalkan banyak persamaan seperti yang lalu seperti tempat mengambil goodies bag di MS Garden Hotel,Kuantan serta bermula di tapak padang MPK4 Kuantan. Seramai lebih kurang 1500 orang menyertainya kali ini.

Laluan kali ini bermula di Padang MPK4 @Padang Kamunting-KotaSas Bandar Baru Kuantan (u-turn)-Jabor-Kuala Kuantan-Penor-Universiti Malaysia Pahang (UMP)-Kelab Lumba Kuda Diraja Pahang-Istana Abu Bakar-Tanjung Lumpur dan kembali semula ke Padang MPK4.

Laluan mendaki di awal kayuhan sehingga di KM50 sahaja dan bakinya adalah landai serta tiada pendakian. Namun kayuhan kali ini tidak seperti yang dirancang, laluan mudah tetapi sukar untuk menuju ke garisan penamat. Kekurangan tidur semalaman disebabkan cirit-birit menjadi punca kayuhan tidak bermaya pada kali ini. Hampir tertidur di atas basikal disebabkan terlalu mengantuk sehingga sukar untuk membukakan mata. Di KM103 selepas UMP dengan berbaki lagi 57km, hampir membuat keputusan untuk menaik lori sahaja setelah merasakan badan tidak mampu lagi untuk meneruskan kayuhan. Setelah menunggu hampir setengah jam, lori masih belum muncul.

Tiba-tiba semangat kembali semula apabila rakan dari Kulaijaya mengajak meneruskan semula kayuhan. Cuba menggumpulkan segala tenaga yang ada walaupun cuaca semakin panas dan badan semakin lesu. Berhenti di check point di tepi sungai sebelum Kelab Lumba Kuda Diraja Pahang untuk minum setin Redbull dan meneruskan kayuhan dengan kelajuan sendiri sehingga ke garisan penamat.

Cukup bermakna apabila sampai di garisan penamat dan berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 166km tanpa sebarang kecederaan. KCR2015 pasti diingat kerana untuk memiliki medalnya pada kali ini bukannya mudah.....


Penyertaan KCR yang kedua....

Bersedia di garisan permulaan....suasana yang tenang di bandar Kuantan....

Ramai rider sudah bersedia di garisan permulaan, hanya menunggu untuk flag off sahaja...

Seramai lebih kurang 1500 orang peserta dan tidak termasuk peserta walk-in semasa hari pengambilan goodies bag...




Flag off tepat jam 7.30 pagi selepas bacaan doa....


Water station....berhenti sekejap untuk refill air sebelum menyambung semula kayuhan...


Akhirnya sampai juga di garisan penamat walaupun penuh dengan dugaan....alhamdullilah... selamat...walaupun sudah terlintas dihati untuk menumpang lori untuk ke garisan penamat, jika tidak ini merupakan sejarah pertama dalam century ride


Sukar untuk memilikinya pada kali ini.....penuh dengan dugaan...

Semasa berhenti di bus stop pada KM103 sambil menunggu lori yang tidak muncal tiba, berhenti sebuah kereta Proton Exora, pemandu seorang brother melayu sambil bertanya "berkayuh dari mana dan nak ke mana"...setelah diberitahu yang kami berkayuh dari Padang MPK4 Kuantan dan nak balik semula ke Kuantan serta jarak kayuhan sejauh 160km...brother tu terus macam tak percaya yang kayuhan sejauh itu....sambil berlalu dia mengucapkan selamat berkayuh semoga selamat sampai...terus bersemangat semula....

Moral of the story : Pemakanan perlu dijaga sehari sebelum kayuhan bagi mengelakan berlaku keracunan makanan serta cirit-birit. Elakkan makanan yang pedas serta minuman ber"ice".